Langkau ke kandungan utama

POLITIK MALAYSIA SEDEKAD LALU: 1 MENYOROT SUARA PAS -RUU dan hudud

Kurang 24 jam selepas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (sekarang bekas) mengulangi iktizam parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini, PAS surut ke belakang kembali. Rupanya puting beliung PAS itu tidak sehebat puting beliung yang melanda Texas dan Filipina. Puting beliung PAS atau Husam mengendur di pertengahan jalan. Deruannya tenggelam oleh suara Karpal Singh(mendiang) dan Tian Chua.Kenapa begitu Datuk Husam? Perjuangan menegakkan Islam adalah jihad. Jika PAS benar-benar serius mahu menegakkan hukum hudud dan qisas di negara ini, berjihadlah hingga berjaya. Tetapi parti itu tidak akan berjihad. Cakap-cakap mereka ni bagai tin kosong.Itulah PAS, dengan hukum hududnya. Apakah nawaitu PAS apabila membangkitkan isu hukum hudud? Benarkah seperti dikata hudud sengaja dibangkitkan kembali atas keperluan PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.Tetapi orang melihat , parti itu mungkin mahu menguji rakannya DAP.DAP nampaknya melenting hingga Pengerusinya Karpal Singh mengecam rakannya itu.Kenapa mereka takut dengan hukum hudud? Realitinya PAS tidak berdaya untuk melaksanakannya. Tidak hairanlah apabila Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mencipta gurindam baru. Hukum Hudud tidak didendangkan lagi.Datuk Husam mahu membuat "u-turn" apabila menyedari isu itu menikam PAS kembali. Datuk Husam tunduk pula kepada ugutan DAP dan PKR. Kurang 24 jam selepas menghumbankan kenyataan kerasnya mengenai hukum hudud, beliau kembali ke kemah DAP dan PKR. Beliau kembali mendendangkan gurindam lama. Nadanya seirama dengan Karpal Singh dan Tian Chua. Apakah benar ..dikatakan PAS ini dibayangi DAP? Suara lantang Datuk Husam ketika berdebat dengan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Sabtu lalu rupanya .gendang kosong sekadar mahu menarik perhatian umum. Datuk Husam pada debat itu berkata, pakatan pembangkang akan melaksanakan hukum hudud dan qisas jika berjaya memerentah negara nanti. Kenyataan itu menyebabkan Karpal Singh terkejut . Karpal marah. Dia memberi amaran gurindam lama PAS itu boleh meneggelamkan bahtera pakatan pembangkang. Ketua Penerangan PKR Tian Chua juga membidas PAS. Hudud katanya, tidak ada dalam kalendar pakatan pembangkang. Ia sesuatu yang baru. PAS sudah menggugurkannya lama dahulu. Gurindam lama yang diuja PAS untuk dijadikan umpan politik pada pilihan raya KECIL Parlimen Kuala Terengganu bulan depan rupanya memakan diri. Datuk Husam surut kembali. Beliau mahu memujuk DAP dan PKR kerana PAS memerlukan sokongan parti itu dalam pilihan raya kecil nanti. Itulah sebenarnya taktik politik Datuk Husam Musa. Beliau tahu tidak mudah menghadapi BN pada pilihan raya itu nanti. Lebih-lebih lagi ayam tambatan PAS Mohamad Sabu tewas dalam pilihan raya umum lalu. Apakah DAP dan PKR boleh melupakan hasrat PAS itu? Kenyataan PAS itu sedikit sebanyak menyebabkan Pakatan Pembangkang, kini goyah. Persoalan samada PAS benar-benar serius mahu melaksanakan hukum hudud kini terjawab. Parti itu nyata bermain politik.Tujuannya mahu memancing undi orang Melayu Kuala Terengganu. Hukum hudud PAS pernah dijadikan polimik hebat suatu masa dulu. Ramai membantah cadangan PAS untuk melaksanakan hukum itu di Kelantan.Akibatnya parti itu mundur semula. PAS sepatutnya sudah melaksanakannya di Kelantan. Parti itu mempunyai autonomi untuk melaksanakan hukum itu kerana pemerentahan di Kelantan adalah milik parti itu. Kenapa mereka tidak melakukannya di Kelantan? selepas hampir 20 tahun menguasai negeri itu, hukum hudud yang di war-warkan parti itu tinggal menjadi gurindam lama. Ia kerap didendangkan semula apabila tiba musim pilihan raya. Hukum hudud bukanlah komoditi politik.Ia adalah hukum agama Islam yag tercatat dalam kitab suci Al-Quraan. Apakah PAS mahu mengubah-suai hukum kalam Allah itu semata-mata mahu menjaga hati DAP,PKR dan penduduk bukan Islam. Hudud adalah hudud.Ia bukan hudud PAS,hudud DAP atau hudud PKR. Kalam Allah itu tidak boleh diubah-suai mengikut rentak dan tari DAP atau PKR. PAS tentu menyedarinya. Taktik PAS mahu meraih simpati memakan diri sendiri, mencalarkan imej parti itu sebagai parti siasah Islam. Para pengundi terutama orang melayu di Parlimen Kuala Terengganu kini sudah boleh menilai sejauh mana kentalnya perjuangan parti itu untuk mempertahan agama Islam. Yang nyata parti itu tidak berupaya melakukan apa yang dikata.Ia hanya menjadi slogan politik ketika pilihan raya. Isu hukum hudud tidak boleh didendangkan lagi kerana rakan-rakan PAS tidak akan menyokong parti itu. Jika ini terjadi benarlah seperti dikata... kapal pecah, yu kenyang!(RENCANA INI TERSIAR DALAM ANALISIS RTM TV1 PADA 24 DISEMBER 2008-YUNUS)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DI SEBALIK NAMA...

Ada yang bertanya RACIK TU APA?   srikandi cinta  said... racik tu ape?? Racik juga bermaksud jerat ayam hutan..lihat foto ini:  Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik   mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga,   Racik   bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya   Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana   Racik   akan ditakhtakan?Hakikatnya   Racik   akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju mencabar minda kita di abad ini.Anggapan nega

DO OR DIE NAJIB MISSIONS IN MALACCA ..

Datuk Seri Najib Razak and Tan Sri Muhyiddin Yassin will face off on November 20 as both set out to prove their party is the most popular among Malay voters. Barring any last-minute agreement between Umno and Bersatu to work together, the Melaka state election will be a do-or-die battle that foreshadows a bleak outcome for the loser not only in the general election, but also in terms of its long-term survival. Najib will helm the campaign for Barisan Nasional (BN), while Muhyiddin will lead Bersatu-led Perikatan Nasional (PN), in the fight over 17 Malay-majority seats.The Melaka state has 28 seats.In the last GE PH won 15 seats while UMNO/BN 13 seats.The STATE ASSeMBLY was dissolved on October 14 after four elected representatives withdrew support for Chief Minister .SPR fixed election on October 20 while nominations day on October 8 . Perikatan Nasional said they will contest all 28 seats while UMNO/BN yet to announce its stand.PH will eye 20 seats with Amanah.

anwar ibrahim :Menteri perlu berani .ada iktizam ubah kehidupan rakyat ..jangan jawab sedang kaji tunnggu dulu..

Intipati PERBAHASAN di PARLIMEN : .presiden Amanah Mohamad Sabu menyebut unjuran pendapatan isirumah RM10k tidak mun.asabah.Kadar upah kini jauh lebih rendah-graduan universiti menerima gaji sekitar RM2k sebulan berbanding 10 TAHUN lalu . RM3K-rm4K. -Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tegur pemimpin negeri bina kekayaan dari rompakan hasil negeri.