Anda dipelawa memberikan komen terhadap laporan/artikel yang terdapat dalam blog saya ini.Tetapi anda dilarang menghina,mengutuk dan caci hamun peribadi orang lain.Jika anda lakukan, anda terdedah kepada Sedition Act dan boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.Sebagai penulis anda bertanggungjawab terhadap tulisan anda-yunus alias.
Ada yang bertanya RACIK TU APA? srikandi cinta said... racik tu ape?? Racik juga bermaksud jerat ayam hutan..lihat foto ini: Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga, Racik bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana Racik akan ditakhtakan?Hakikatnya Racik akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju...
Ulasan