Siapa Timbalan Presiden UMNO?
Meskipun jawapannya pada 26 Mac ini apabila perwakilan selesai mengundi, tetapi sudah ada yang meneka.Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Bagaimana dengan Mike Tyson dari Selangor? Beliau tidak kurang hebat ketokohannya.Semua ciri ada pada Tan Sri Muhammad Md Taib.Gigih bekerja,Setia dan ....
Muhyiddin orang Johor.Orangnya hebat.Berkumis dan kini mengendali Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri , sebuah kementerian kelas pertama.Jatuh bangun ekonomi negara banyak bergantung kepada kementerian ini.
Dulu ia diterajui Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.Tidak ada siapa berani challenge Kak Rafidah.Tun Dr.Mahathir sendiri tidak berani pindah Rafidah yang begitu mahir dalam percaturan WTO.
Muhyiddin belum begitu teruji lagi kemahirannya bermain silap mata dengan WTO .Kak Rafidah memang handal hingga bekasSetiausaha Negara Amerika Albright sendiri dicabarnya ..
Muhyiddin mungkin baru.AmbilalihMITI selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008 lalu..kalau dicongak baru sretahun.
Penyokong-penyokong anak jati Muar itu tahu Muhyiddin agak berani.Beliau pernah buat cadangan supaya Pak Lah meletak jawatan selepas banyak ahli Umno memberontak kerana kedudukan parti itu yang amat lemah.Muhyiddin juga desak Pak Lah umum tarikh penyerahan kuasa kepada Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak..calang-calang orang, tak berani nak kritik Boss, tapi Muhyiddin begitu lantang suaranya.. berjuang mempertahankan kebenaran?
Watak Mike Tyson jauh berbeza..beliau tidak segarang petinju Heavyweight itu..beliau agak lembut,lebih suka bertolak ansur..kita juga perlukan watak pemimpin begini..beliau amat setia kepada parti.Dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno oleh Presiden parti itu ...menghabiskan masa,tenaga dan wang ringgit mendekati akar umbi parti di seluruh pelusuk negara..alang pemimpin tak sanggup..tanpa gaji dan jawatan kabinet seperti kata bekas Setiausaha Agung Umno Radzi Sheikh Ahmad, sukar untuk jalan kerja tanpa jawatan kabinet..Nah perwakilan Umno kali ini sudah ada dua tokoh berlainan watak untuk jadi pilihan jawatan nombor dua dalam parti itu..
Siapakah yang mereka pilih?
Presiden parti dari Pahang.macam lagu seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..Dari Melaka ke negeri Pahang, Singgah di mana? Selangor atau Johor.... beli berangan....(YUNUS ALIAS)
..
Ulasan