Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak membuka mata seluruh perwakilan parti itu di PWTC sebentar tadi,9.45 malam 24 Mac supaya menyokong cadeangan beliau untuk meminda perlembagaan parti itu.
Umno akan lebih perkasa, jika rakyat berpaut kepada parti itu melalui kuasa memilih pemimpin yang diberikan kepada akar umbi, kata Najib.
Beliau juga berkata langkah memberi kuasa memilih pemimpin di semua peringkat kepada ahli parti itu satu-satunya jalan untuk membanteras politik wang yang menjadi penyakit kepada parti itu.
Kalau 2,500 perwakilan boleh diberi wang..tapi kalau dah lebih 50 ribu ..salam tangan kosong sahajalah jawabnya kata Najib disambut tepukan gfemuruh ahli pergerakan wanita, pemuda dan puteri Umno pada perasmian serentak persidangan ketiga-tiga sayap parti itu di PWTC malam ini.
Najib juga membidas orang Melayu yanhg menjadi enau dalam belukar yang menangguk di air keruh..(Laporan penuh akan saya sediakan nanti)-yunus alias.
Umno akan lebih perkasa, jika rakyat berpaut kepada parti itu melalui kuasa memilih pemimpin yang diberikan kepada akar umbi, kata Najib.
Beliau juga berkata langkah memberi kuasa memilih pemimpin di semua peringkat kepada ahli parti itu satu-satunya jalan untuk membanteras politik wang yang menjadi penyakit kepada parti itu.
Kalau 2,500 perwakilan boleh diberi wang..tapi kalau dah lebih 50 ribu ..salam tangan kosong sahajalah jawabnya kata Najib disambut tepukan gfemuruh ahli pergerakan wanita, pemuda dan puteri Umno pada perasmian serentak persidangan ketiga-tiga sayap parti itu di PWTC malam ini.
Najib juga membidas orang Melayu yanhg menjadi enau dalam belukar yang menangguk di air keruh..(Laporan penuh akan saya sediakan nanti)-yunus alias.
Ulasan
Pertamanya, saya menerima sekiranya memang ditakdirkan kalah, tetapi adakalanya apabila wang dan kuasa menjadi raja, apa pun boleh terjadi.
Semasa proses pengudian, saya tidak mempunyai wakil calon utk menjadi saksi. Wakil calon, saya tidak dpt dihubungi. Saya mendapat 3 undi. Pd saya kalau saya dpt 0 undi pun saya terima kalau dah takdir. Tetapi, saya memang turun padang dan saya hubungi sebahagian perwakilan, dan ikhlasnya mereka mengaku memberi undi pd saya dan saya percaya, dan secara rawak lebih dari 20 undi ygmlm tadi saya hubungi mana yg sempat.
Saya rasa macam ada yg tak kena, kalau dah takdir saya terima, kalau disebabkan perkara lain, saya harap tuhan sahaja yg akan mengadili mereka, kerana apa yg kita buat adalah utk membantu dan memperjuangkan hak org melayu dan bukan perkara main main.
Dgn manusiakita boleh tipu tetapi dgn tuhan, mana mungkin kita boleh lari.
ikhlas, saarah hj ali bashah
calon ketua puteri umno malaysia
Saya wartawan.Saya lihat banyak keputusan upset dalam tiga sayap umno semalam.Pemuda misalnya dikira banyak kali..akhirnya mungkin itu kehendak mereka di atas..wanita juga begitu ..kak rafidah menangis..kenapa?
Bagi Puteri..memang kurang afdal jika sdri dapat hanya tiga undi..dpd 700+ perwakilan..sukar dipercayai.Namun itulah Umno..semua sayangkan umno..pertandingan adalah rutin dalam umno..hari ini sdri gagal..tidak semesti esok juga begitu..yang penting nawaitu kita..tanpa jawatanpun boleh berbakti.
Pak Lah sendiri lagi "sadis"..tak seorangpun yg memuji ikhlas kepimpinannya.Sejak ambil alih jawatan dari Tun Mahathir 31 Oktober 2004, Pak Lah terus dihadapkan dgn pelbagai kontroversi ..pilihan raya umum..beliau lepasi ujian BN menang besar..tetapi pada p-raya 2008 BN gagal pertahan 2/3 kerusi di Parlimen..Pak Lah dikecam..Umno disalahkan tetapi walhal yg gagal bukan Umno atau pak Lah tapi Mca dan MIC..kenapa mereka tidak disalahkan..umno dapat 70 kerusi tapi mca dan mic x sampai 10 kerusi..gerakan langsung tumbang..
umno perlu berubah pemimpinnya tak perlu kecewa, serah orang kutuk kita.
Sdr adalah pemimpin Puteri.Sdr juga harus tabah.Cuba lagi nanti dan teruskan dekati akar umbi parti..dan seperkara lagi sdr perlu mempunyai perancangan yang sistematik dan strategik..Sdri seorang usahawan berjaya.Tapi dalam politik tidak begitu.. kita tidak boleh menjual kata-kata atau ikut gerak kerja ketua sahaja..sdri perlu mempunyai gerak kerja terancang..ada pasukan strategik yg boleh membantu..semuanya memerluklan duit..adakah sdri bersedia?
Media amat penting..ertinya publisiti perlu kerana orang tidak akan kenal kita jika media tidak pamer kerja kita..Lihat sahaja Datuk Noraini bekas ketua puteri..she very sharp in tackling media..she know what atau when to say..ini penting kerana kalau tidak orang kata cari publisiti murahan..
tak apalah nanti saya kuliah pula..anyway tahniah kerana sdri diberi kepercayaan perwakilan akar umbi untuk bertanding..ertinya sdri ada penyokong.
syabash dan cuba lagi..
Terimaksih diatas komen saya setuju pandangan dan pendapat en yunus. Apa sekalipun saya terima, kerana ini semua ketentuan yg maha kuasa, dia lebih tahu, yg mustahak nawaitu tanpa jawatan saya masih boleh beri sumbangan dan saya terus memberi sumbangan pd puteri yg sememangnya tak putus putus memberi sokongan dan semangat kepada saya dan saya akan terus majukan mereka yg saya lihat semasa turun padang tidak diberi perhatian langsung, tidak ada tempat mengadu dan tiada pekerjaan.
Apa sekalipun, saya kurang setuju penggunaan duit, kerana mereka ada nilai dan harga diri, maka kita beli mereka terutamanya ahli yg dtg dari golongan yg susah, kita beli utk kepentingan sendiri dan mereka yg terima serba salah, dan memang saya tahu itu mekanismanya dan saya pernah ditanya oleh ahli , kalau saya bersedia keluar dua juta saya akan menang dan saat akhir boleh berubah, tetapi saya tetap dgn pendirian saya, maka saya menang sebagai calon yg bersih saya puashati.
Pd saya lebih baik duit saya guna utk beli undi saya sedekah dan bantu mereka yg nak berniaga dari membeli harga diri mereka buat sementara waktu, iaitu waktu pertandingan shj.
Dan sudah tentu, yg melabur dgn byk akan kaut sebanyak mana yg boleh yg mereka telah keluarkan.
Pasal publisiti, saya akui, semasa bertanding ada yg ingin menerumah dan membuat cerita pasal saya, tapi saya fikir saya taknak begitu menyerlah kerana khuatir byk kemungkinan akan berlaku apabila rasa tergugat oleh pihak tertentu, dan akan cari kesalahan kerana menggugat kedudukan mereka. Bukan saya tak pernah kena.
Tahun 2004, saya bertanding dpt satu pencalonan, kemudian kompromi. Tak habis disitu, saya diperangkap oleh ahli sendiri dan dipanggil lembaga displin dgn tujuan, keahlian saya digantung, tetapi tuhan tidak mengizinkan saya didapati tidak bersalah, dan saya adalah pembuka tirai puteri, dipanggil oleh lembaga displin.
Yg menyedihkan, ahli yg diperalatkan utk menjatuhkan saya telahpun masuk keadilan.
Pd saya tak perlu buat sedemikian, kerana dlm keadaan begini, saya sendiri mungkin akan pertimbangkan keluar dari UMNO, tetapi tidak bermaksud masuk parti lain.
ikhlas, saarah hj ali bashah.
untuk apa keluar dari umno.ia parti kita.perjuangannya untuk kita dan generasi kita akan datang.syabash dan teruskan perjuangan..
fasal duit sdr mungkin salah maksud.maksud saya you have to spent some money set up your media centre ...bukan beri orang untuk undi..
yang menang ada tanggungjawab, yang kalah jug ada tanggungjawab.
salam jua.