Pemilihan merebut jawatan Ketua Puteri UMNO kali ini menyaksikan pertandingan enam penjuru. Lima daripadanya adalah muka baru.
Ia dilihat usaha terbaru memastikan Pergerakan Puteri terus relevan dan mantap sebagai sayap parti, sejajar dengan idea penubuhannya pada 2001.
Ketua Penerangan Pergerakan Puteri, Datuk Shahaniza Shamsuddin...antara yang mendapat pencalonan tertinggi selain Naib Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Mereka dilaporkan selesa mendahului calon lain dalam persaingan merebut jawatan Ketua Puteri.
Namun di sebalik perhatian yang diberikan kepada dua calon popular itu, calon-calon lain turut dilihat semakin memberi saingan.
Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid dan Exco Puteri, Datin Ismalina Ismail, terus mendapat sokongan padu dan berada pada ranking yang tidak boleh dipandang enteng.
Yang lebih mengejutkan, calon yang kurang diberi perhatian pada awalnya, iaitu Pengerusi Tetap Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya, Ida Rahayu Md Noor turut ligat berkempen dan mula mendapat perhatian ahli.
Tokoh usahawan muda yang juga bekas Ketua Puteri Umno Cawangan Taman OUG Bahagian Seputeh, Saarah Ali Bashah bakal memberi saingan.
Namun persaingan sengit antara keenam-enam calon ini hanya akan berakhir Rabu ini, apabila 789 perwakilan menunaikan tanggungjawab mereka.
Meskipun pelbagai cara bagi meraih undi, amanat Ketua Puteri Datuk Noraini Ahmad mesti diambil kira iaitu "utamakan penyatuan dan bertandinglah secara sihat".

Ulasan
Terimakasih diatas komen yg diberikan, semuga pertandingan akan berjalan dengan lancar demi kebaikan semua, dan kita bersatu semula selepas pertandingan.
Ikhlas, saarah hj ali bashah
calon Ketua puteri umno malaysia
sekiranya ada masa lapang sila ke blog saya, www.saarahali.blogspot.com
ikhlas, saarah hj ali bashah
Saya ucapkan selamat bertanding ketua puteri umno dan seikhlas doa semuga berjaya.
dari yunus alias.