Langkau ke kandungan utama

PWTC SUDAH SEDIA MENANTI AHLI UMNO...

Seramai 4,885 orang perwakilan iaitu 2,509 perwakilan pada perhimpunan
agung, Wanita (796), Pemuda (791) dan Puteri (789) akan bersidang selama lima
hari di PWTC .
PWTC dijangka dibanjiri kira-kira 60,000 orang, baik di dalam mahupun di persekitaran kompleks milik Umno itu.
Kawalan keselamatan di PWTC akan dipertingkatkan, dengan kira-kira
2,000 anggota keselamatan, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlku
sepanjang berlangsungnya perhimpunan.
Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Presiden Umno akan merasmikan serentak perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno malam esok, sebelum .
Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Perhimpunan Agung Umno Ke 59 itu Khamis.
Perhimpunan kali ini juga menyaksikan peralihan kuasa tanpa dicabar bagi
jawatan presiden diteruskan lagi.

Bermula peralihan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman kepada Tun Abdul Razak
Hussein, tradisi itu dilangsungkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2003. Kali ini, tradisi itu sekali lagi akan
diteruskan Pak Lah kepada timbalannya Datuk Seri Najib.
Seminggu sebelum perhimpunan, Lembaga Disiplin parti membuat keputusan
mengejut apabila melarang calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam
daripada bertanding atas kesalahan politik wang.

Pertandingan jawatan itu kini hanya antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan
Sri Muhammad Muhamad Taib.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria turut
menerima nasib sama apabila dilarang daripada bertanding jawatan Majlis
Tertinggi.

Lapan calon naib presiden ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal; Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Dr Rais
Yatim; Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Datuk
Seri Syed Hamid Albar dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Selain itu, pertandingan bagi jawatan ketua ketiga-tiga sayap Umno juga
menarik dengan Tan Sri Rafidah Aziz dicabar oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil bagi jawatan ketua Wanita manakala jawatan Ketua Pemuda menjadi rebutan
Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir
Toyo.

Jawatan Ketua Puteri pula menjadi rebutan enam calon iaitu Datuk Rosnah
Abdul Rashid Shirlin, Datin Ismalina Ismail, Bibi Sharliza Mohd Khalid, Datuk
Shahaniza Samsudin, Saarah Ali Bashah dan Ida Rahayu Md Noor.

keputusan pemilihan bagi jawatan dalam MT dijangka diketahui pukul 10 malam, 26
Mac manakala keputusan pemilihan jawatan-jawatan sayap dijangka diumumkan pukul
9 malam 25 Mac..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DI SEBALIK NAMA...

Ada yang bertanya RACIK TU APA?   srikandi cinta  said... racik tu ape?? Racik juga bermaksud jerat ayam hutan..lihat foto ini:  Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik   mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga,   Racik   bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya   Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana   Racik   akan ditakhtakan?Hakikatnya   Racik   akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju...

FACT ON NCR LAND IN SARAWAK

T he results of a  survey carried out in 1976 (FAO 1980) revealed that out of a total of 12,325,208 hectares of land in Sarawak, 26% was cultivated in various crops. Twenty-three percent of this 26% was under shifting cultivation, 0.4% in wet rice, and 2.5% in various tree crops (rubber, pepper, cocoa, fruit trees, etc.) At any given time, large areas of land under shifting cultivation were left fallow and were held under native rights based on customary law or adat. The Iban farm over 69% of the total area cultivated, and accounted for 47% of all holdings. The Chinese farm 8% of the area and accounted for 16% of the holdings, and the Bidayuh farm 16% of the area and had a total of 11% of the holdings. The Malay and Melanau farm almost 6% and 4% of the area respectively, and accounted for 15% and 6% of the holdings. Sarawak Land Code (SLC: Part II, page 27), (3) customary rights to land could only be created prior to 1 January 1958 in accordance with the native customary la...

anwar ibrahim :Menteri perlu berani .ada iktizam ubah kehidupan rakyat ..jangan jawab sedang kaji tunnggu dulu..

Intipati PERBAHASAN di PARLIMEN : .presiden Amanah Mohamad Sabu menyebut unjuran pendapatan isirumah RM10k tidak mun.asabah.Kadar upah kini jauh lebih rendah-graduan universiti menerima gaji sekitar RM2k sebulan berbanding 10 TAHUN lalu . RM3K-rm4K. -Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tegur pemimpin negeri bina kekayaan dari rompakan hasil negeri.