PRESIDEN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU NASIONAL PROF.MADYA DATUK MOHD ALI HASSAN:
Isu novel Interlok tidak perlu dibangkitkan lagi dan semua pihak harus terima keputusan kerajaan untuk menukar frasa dalam novel karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussein.Isu kandungan novel itu adalah berkaitan dengan sejarah Malaysia dan penduduknya dan ia tidak bertujuan untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.Novel ini tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana ia ditulis oleh seorang sasterawan negara maka penulisan beliau tidak harus dipertikaikan kerana ia berdasarkan fakta dan bukannya direka-rekaIa sebahagian daripada sejarah Malaysia dan semua orang harus menerima hakikat tersebut.
KETUA SATU GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL,GAPENA PROF.EMERITUS TAN SRI DR.ISMAIL HUSSEIN:
Saya kecewa kerana novel Interlok dipolitikkan oleh beberapa pihak hanya untuk kepentingan mereka. Tindakan membakar dan mengharamkan novel Interlok bukanlah jalan penyelesaian terbaik dan bijak kerana ia adalah satu bentuk hasutan dan ia tidak diseharusnya berlaku kerana novel itu ditulis oleh seorang sasterawan negaraApa yang menjadi masalah sekarang ialah wujudnya beberapa pihak yang kononnya mereka memperjuangkan kaum mereka dan sengaja menjadikan Interlok sebagai isu dan terus mempolitikkannya sehingga mengelirukan orang ramai. Gapena menyokong dan menyambut baik keputusan kerajaan untuk meneruskan penggunaan Interlok sebagai buku teks sekolah dan berharap semua pihak akan menerima keputusan itu dan jangan membangkitkan isu itu lagi.(lihat ucapan penuh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa soal jawab di Dewan Rakyat 24 Mac) .

Ulasan