Langkau ke kandungan utama

SECANGKIR KOPI oleh Yunos Alias

Menjadi wartawan tidak semudah disangka.Banyak cabaran perlu dilalui dalam tugas harian sebagai wartawan.Saya menyertai kumpulan NST sebagai Wartawan Kadet pada 2003 dansegala maklumat  ditempatkan di meja Am Berita Harian di Balai Berita Kuala Lumpur.
Saya diberi tanggungjawab membuat liputan berita am, sekitar lemnbah klang dan jenayah.Sbagai wartawan jenayah saya terpaksa menempuhi rutin harian mencari berita-berita jenayah dan menghadiri sidang akhbar polis dan pihak berkuasa lain.Tidak mudah mengumpul bahan berita jenayah.Berita mesti tepat ari sumber pihak polis dan menepati dateline yang ditetapkan.
Saya mesti menjalin hubungan yang baik dengan pegawai polis pelbagai peringkat.Kadang-kadang kena marah dengan pihak polis pun ada.Wartawan biasanya ingin tahu segala maklumat biarpun terpaksa mengganggu pihak polis.apa yang penting berita mesti diperolehi.Maklumat mesyi tepat dan boleh dipertanggungjawabkan.
Pengalaman berada di bilik mayat pada waktu ntejgahmalam dan dinihari adalah rutin biasa.Saya melaluinya .Bkejar ke bilik mayat selepas mendapat tahu ada kes pembunuhan yang menarik untuk dilaporkan.Beradqa di bilik mayat memudahlkan mendapat tips bagi menulis berita kerana kami wartawan berlumba-lumba serta bersaing antara pelbagai pertubuhan media.
Marah dan maki hamun boss adalah biasa.Apa yang pentingn boss mahu bahan berita yang lengkap dan menepati masa.
Wartawanb mestilah tebal telinga.Bos marah apabila kita gagal atau lambat menulis berita yang diperlukan.es 
experienced yang paling getir saya lalaui ialah melaporkan kisah 
pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibu pada Ogos 2006 menggemparkan dunia.Polis menahan Penganalisis Politik terkemuka Abdul Razak Abdullah Malim Baginda 48 tahun,dua anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri,32 dan Kopral Sirul Azhar Umar 36 ditahan.Mayat wanita itu ditemui berkecai akibat diletupkan dengan bom di Shah Alam Selangor.
Abdul Razak ditahan selama 151 hari di Penjara Sungai Buluh kerana dituduh bersubahat.Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam 31 Oktober lalu.Dua anggota UTK itu diperentah membela diri.Ikuti pengalaman di penjara dan pengakuan Abdul Razak mengenai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor-
Razak Baginda berkata "Pengalaman berada di dalam tahanan selama 22bulan adalah satu tempoh yang sangat menekan, menduga dan menyedihkan sepanjang 48 tahun hidup saya," demikian luahan bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam sidang media pertamanya selepas dibebaskan pada 30 Okt lepas.
Beliau dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia
Altantuya Shaariibuu.

Dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan
Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diarah membela
diri.

Menceritakan lebih lanjut pengalaman tersebut, Abdul Razak berkata hanya
keluarga dan rakan-rakan terdekat yang banyak membantu memberi sokongan serta
keyakinan untuk beliau meneruskan hidup.

"Kasih sayang dan dedikasi mereka yang tidak terhingga memberi saya kekuatan,"
katanya yang menceritakan pengalaman tersebut melalui kenyataan akhbar yang
dibacakannya.

Abdul Razak berkata setiap hari Sabtu merupakan hari yang palingditunggu-tunggu apabila anggota keluarganya datang melawatnya di Penjara Sungai
Buloh.

Katanya sepanjang ditahan, tidak pernah walaupun seminggu anggota
keluarganya gagal untuk menghadirkan diri bagi memberi sokongan dan
kekuatan.
"

Sejumlah 100 kali mereka datang melawat saya dan saya rasa sangat
bertuah," katanya.

Beliau berkata pengalaman menyambut Aidilfitri sebanyak dua kali di dalam
penjara cukup menyedarkannya bahawa "tidak semua orang akan berada di sisi
ketika kita dalam kesusahan."

"Saya telah menjangkakan perkara ini dan ianya tepat sekali. Sebagai contoh
sebelum di dalam penjara saya menerima ratusan kad raya, tetapi bagi dua tahun
menyambut raya di dalam penjara saya hanya menerima tidak kurang 20 keping kad
raya sahaja," katanya.

Abdul Razak berkata walaupun terpisah dari dunia luar, namun pemikirannyasentiasa bebas melalui pembacaan yang banyak yang membantu "melepaskan" dirinya
daripada tekanan.

Beliau berkata banyak pihak yang beranggapan sempit dan negatif terhadap
penjara namun sebenarnya ia tidaklah seburuk yang disangka.

"Penguasa penjara berjaya menjalankan tugas mereka dengan profesional selain
tahanan lain juga banyak membantu saya untuk melalui kehidupan di dalam tirai
besi," katanya.

Beliau berkata beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dengan
memutarbelitkan kisah sebenar, hanya mengeruhkan keadaan dan 'mencipta'
pembohongan yang tidak berasas sama sekali.

"Saya sendiri terkejut apabila mengetahui kes saya digembar-gemburkan sebegitu
liar dan orang yang tidak tahu menahu muncul di tengah persoalan, langsung
berjaya memesongkan pandangan orang ramai," katanya

Katanya orang ramai mudah percaya dan diperdaya dengan apa yang ingindipercaya, tanpa menghiraukan kebenaran.
"Ada yang menasihatkan saya supaya tidak memberi sebarang kenyataan kerana
ia akan hanya menjadi satu usaha yang sia-sia. Walaupun setelah kisah yang
sebenar muncul, 'orang-orang' seperti ini akan mempunyai penjelasan mereka
sendiri," katanya.

Abdul Razak berkata walaupun 'dilimpahi' fitnah tersebut, beliau tetap akan
menegakkan kebenaran mengatasi kepalsuan.

"Satu yang saya minta, hentikanlah menyebarkan fitnah tentang TPM dan
isterinya kerana saya tahu mereka tidak pernah menemui si mati.

"Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh
kerana sememangnya tidak ada bukti. Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa
yang boleh mengubah kebenaran," katanya mengakhiri luahan hatinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DI SEBALIK NAMA...

Ada yang bertanya RACIK TU APA?   srikandi cinta  said... racik tu ape?? Racik juga bermaksud jerat ayam hutan..lihat foto ini:  Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik   mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga,   Racik   bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya   Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana   Racik   akan ditakhtakan?Hakikatnya   Racik   akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju...

FACT ON NCR LAND IN SARAWAK

T he results of a  survey carried out in 1976 (FAO 1980) revealed that out of a total of 12,325,208 hectares of land in Sarawak, 26% was cultivated in various crops. Twenty-three percent of this 26% was under shifting cultivation, 0.4% in wet rice, and 2.5% in various tree crops (rubber, pepper, cocoa, fruit trees, etc.) At any given time, large areas of land under shifting cultivation were left fallow and were held under native rights based on customary law or adat. The Iban farm over 69% of the total area cultivated, and accounted for 47% of all holdings. The Chinese farm 8% of the area and accounted for 16% of the holdings, and the Bidayuh farm 16% of the area and had a total of 11% of the holdings. The Malay and Melanau farm almost 6% and 4% of the area respectively, and accounted for 15% and 6% of the holdings. Sarawak Land Code (SLC: Part II, page 27), (3) customary rights to land could only be created prior to 1 January 1958 in accordance with the native customary la...

anwar ibrahim :Menteri perlu berani .ada iktizam ubah kehidupan rakyat ..jangan jawab sedang kaji tunnggu dulu..

Intipati PERBAHASAN di PARLIMEN : .presiden Amanah Mohamad Sabu menyebut unjuran pendapatan isirumah RM10k tidak mun.asabah.Kadar upah kini jauh lebih rendah-graduan universiti menerima gaji sekitar RM2k sebulan berbanding 10 TAHUN lalu . RM3K-rm4K. -Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tegur pemimpin negeri bina kekayaan dari rompakan hasil negeri.