TIADA angin tiada ribut tiba2 4 OKTOBER 2021 Kita dikejutkan dengan kisah 4 ADUN mengumumkan hiang sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali hingga Kerajaan negeri itu tumbang,
ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang dari UMNO),Datuk Nor Azma.n Hasasan (Pantai Kundor-UMNO),Datuk Norhizam Hassan Baklee (Pengkalan Batu-Bebas) dan Datuk Noor Effandi Ahmad ( TELUK MAS -BERSATU).
Akibat tindakan mereka DUN Melaka dibubarkan bagi mengadakan pilihan raya negeri.
Tak sampai dua hari darama mengejutkan itu berkhir apabila Krajaan yang dipimpin UMNO itu memilih untuk menyerahkan mandat kepada rakyat.Begitu cepat dan tangkas sekali drama politik itu dicantas.Siapakah di belakang tindakan yang didakwa banyak pihak sebagai menggadaikan rakyat untuk survival politik itu.Rakyat jelas marah apabila mereka didorong untuk keluar mengundi ketika semua pihak bertungkus lumus mengatasi wabaak COVID 19 dan Melaka diambang fasa 4.
Kenapa rakyat diheret kepada kemelut politik kuasa yang tidak ada hujungnya itu.Gajaah sama gajah berperang, pelanduk mati di tengah.
DUN Melaka mempunyai 28 kerusi- 15 kerajaan dan 13 pembangkang.Kedudukannya begitu rapuh.
Apakah episode seterusnya?
Ada yang bertanya RACIK TU APA? srikandi cinta said... racik tu ape?? Racik juga bermaksud jerat ayam hutan..lihat foto ini: Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga, Racik bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana Racik akan ditakhtakan?Hakikatnya Racik akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju...
Ulasan