MELAKA jadi tumpuan hingga November ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya( SPR) mengumumkan Pilihan Raya Negeri itu akan diadakan pada 20 November ini.495,196 pengundi berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat baharu dan sebuah kerajan negeri.SPR jangka 70 peratus keluar mengundi pada PRN kali ini.
28 kerusi menjadi rebutan anatara parti2 politik di negeri itu.
Pilihan Raya itu diadakan selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan 4 Oktober 2021 berikutan 4 ADUN yang mendokong Kerajaan diketuai UMNO tumbang selepas ADUN berkenaan menarik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md.Ali,
UMNO/BN ketika itu memiliki majoriti tipis dengan 17 kerusi bersama Paerikatan Nasional,PN manakala 11 lagi kerusi dikuasai Pakatan Haarapan.
Akibat tindakan 4 ADUN itu -Datuk Seri Idris Haron (BN Sungai Udang),Datuk Nor Azman Hassan (BN Pantai Kundor),Datuk Norhizam Hasan Baktee (Bebas Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad ( Bersatu Telok Mas), Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md.Ali memohon DUN dibubarkan.
Pakatan Harapan berkata mereka tidak bersetuju dengan tindakan UMMNO/BN membubarkan DUN 4 Oktober lalu.
Pakatan itu mahu keraaan baharu ditubuhkan bukan memanggil pilihan raya baharu.Mereka mendakwa berhak membentuk kerajaan selepas memperolehi majoriti dengan sokongan ADUN yang menarik sokongan kepada Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Siapa dan parti mana pilihan pengundi Melaka?
Proses penamaan calon akan berlagsung 8 November 2021 manakala mengundi 20 November 2021.
[Melaka, bandaraya bersejarah merupakan ibu negeri Melaka, Malaysia. Bandaraya ini merupakan bandar ke-8 diwujudkan di selatan Malaysia. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia selain daripada George Town pada 7 Julai 2008.
Keluasan: 277 km²
Aras ketinggian: 6 m
Populasi: 579,000 (2019)]
Pilihan Raya ini tentulah boleh dlihat sebagai menguji sokongan rakyat terhadap UMNO/BN yang kehilangan besar sokongan pengundi sejak PRU 14 pada 2018 lalu.UMNO/BN yang memerintah negara sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957 ditolak rakyat secara mutlak pada PRUU ke 14 lalu.Mereka kehilangan kerajaan Persekutuan dan beberapaa negeri.Langkah Sheraton yang didalangi beberapa pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan dari Parti Pribumi Bersatu pada 2020, akhirnya menjatuhkan keraaajn PH yang diberi mandat memimpin negara pada PRU 14 dan keajaan bertukartangan.
Sejak itu scenario politik negera terus tidak setabil.Tan Seri Muhyiddin Yassin yang dilantik sebagai PM selepas tumbang kerajaan PH pimpinanan Tun Dr Mahathir Mohammad tidak bertahan lama.Tan Seri Muhyiddin meletak jawatan sebulan lalu.Kini Naib Presidden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengetuuai kerajaan campuran UMNO/BN,PAS,PBBM DAN GPS Sarawak sebagai PM ke 9.
Malaysia mencatat sejarah baru apabila 3 Perdana Menteri dilantik dalam masa kurang 3 tahun seleps PRU 14.
Apakah PRN Meelaka nanti mampu menampilkan sebuah kerajaan yang setabil bagi memerintah negeri itu hingga PRU 15 nanti, masih sukar diramalkan.15 kerusi diperlukan bagi membentuk majoriti mudah untuk mana2 parti menubuhkan kerajaan nanti- YUNUS ALIAS.
Ada yang bertanya RACIK TU APA? srikandi cinta said... racik tu ape?? Racik juga bermaksud jerat ayam hutan..lihat foto ini: Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga, Racik bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana Racik akan ditakhtakan?Hakikatnya Racik akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju...
Ulasan