RASULULLAH SAW JUGA MENDENGAR SUARA ITU KETIKA ISRAK DAN MIKRAJ..ADAKAH ITU
SUARA MALAIKAT? JAZAKUMULAHU KAIRAN KATSIRA...ALLAH HUAKBAR!
Ketika Rasulullah hendak melelapkan matanya di rumah sepupunya Ummu Hani',
malaikat Jibril datang dan menjemput baginda untuk perjalanan yang hebat,
daripada kota Makkah ke kota Baitulmakdis. Pada zaman itu, perjalanan sejauh ini
mengambil masa hampir sebulan. Namun, baginda dapat merentasi jarak yang jauh
itu dengan masa yang sangat singkat. Baginda menunggang Buraq, iaitu seekor
binatang yang tidak wujud di dunia ini. Ketinggian Buraq ini adalah antara
ketinggian kuda dan keledai. K Perjalanan ke Baitulmakdis ini dinamakan Israk
kerana ia berlaku pada waktu malam. Dalam bahasa Arab, Israk bermaksud belayar
pada waktu malam. Setibanya di Baitulmakdis baginda dijemput untuk menjadi imam
bagi solat yang dimakmumkan oleh semua para nabi dan rasul. Baginda kemudian
dijemput oleh malaikat Jibril untuk naik ke langit. Perjalanan ini dinamakan
Mikraj, yang membawa erti
pendakian. Apabila Rasulullah dan malaikat Jibril tiba di pintu langit pertama,
malaikat penjaganya bertanya sama ada Rasulullah sudah mendapat jemputan
daripada Allah untuk mendaki ke langit seterusnya.
Pintu itu hanya dibuka
setelah Jibril memberitahu bahawa Rasulullah telah dijemput oleh Allah. Maka
baginda dan Jibril naik ke langit kedua sehinggalah ke langit yang ketujuh.
Pada
setiap langit, peristiwa yang sama berlaku, iaitu baginda ditahan daripada pergi
ke langit seterusnya kecuali setelah dimaklumkan oleh Jibril bahawa baginda
telah mendapat jemputan daripada Allah. Pada setiap langit, baginda bertemu
dengan sebahagian para nabi dan rasul. Di langit pertama, baginda bertemu dengan
Nabi Adam; di langit kedua dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya; di langit ketiga
dengan Nabi Yusuf; di langit keempat dengan Nabi Idris; di langit kelima dengan
Nabi Harun; di langit keenam dengan Nabi Musa; dan di langit yang ketujuh dengan
Nabi Ibrahim. Selepas langit ke tujuh,
Rasulullah dibawa ke bawah Arasy dan di
situ baginda mendapat perintah solat lima waktu, yang pada asalnya 50 waktu.
Namun pahala mengerjakannya kekal seperti mengerjakan 50 waktu. Rasulullah
kemudian dibawa kembali ke kota Makkah. Mengikut setengah riwayat, Rasulullah
pulang ke tilamnya sebelum tilam itu hilang kehangatan badan baginda ketika
baginda mula-mula bangun dijemput oleh malaikat Jibril. Ini menunjukkan bahawa
keseluruhan perjalanan Israk dan Mikraj berlaku dalam waktu yang amat singkat.
Tetapi untuk Rasulullah, ia merupakan perjalanan yang mengambil masa yang agak
lama kerana baginda menghadapi berbagai peristiwa dalam perjalanan tersebut.
PERISTIWA ISRAQ DAN MIKRAJ ITU BERLAKU PADA MALAM ISNIN 27 REJAB 622 MASEHI..NABI MUHAMMAD SAW BERUSIA 52 Tahun..
ALLAHUKALAM....
Ada yang bertanya RACIK TU APA? srikandi cinta said... racik tu ape?? Racik juga bermaksud jerat ayam hutan..lihat foto ini: Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga, Racik bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana Racik akan ditakhtakan?Hakikatnya Racik akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju...
Ulasan