Nampaknya Suruhanjaya Pilihan Raya SPR agak kelam kabut berikutan perintah Mahkamah Tinggi Kuching baru2 ini yang mengarahkan kerajaan mendaftar remaja 18 tahun sebagai pengundi hujung tahun ini.Masa semakin suntuk.Dilaporkan ada lebih 5 juta remaja berusia 18-21 tahun layak mengundi.Mereka perlu didaftarkan secara automatik sebelum 31 Disember 2021.Tinggal 2 bulan sahaja lagi.SPR tiada pilihan kerana ia keputusan mahkamah.Tiada lagi alasan melengahkan atau berhelah tidak mahu mendaftarkan seperti sebelum.Apakah SPR sudah bersedia?
APAKAH PERINTAH MAHKAMAH TINGGI KUCHING:"Mahkamah dengan ini membenarkan perintah mandamus bahawa responden (kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya) mengambil semua langkah yang diperlukan bagi membolehkan Sekseyen 3 (Akta Perlembagaan Pindaan 2019) berkuatkuasa secepat mungkin dan dalam apa jua keadaan menjelang 31 Disember 2021" -Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai 3 September 2021.
Hakim juga membenarkan perintah ceritorari bagi membatalkan keputisan Responden (Perdana Menteri ketika itu Kerajaan dan SPR) yang menangguhkan pelaksanaan S3ksyen 3 selepas September 2022.
Lima anak muda berusia 18-21 tahun YANG MENAMAKAN diri sebagai Kumpulan Undi Sarawak memfailkan saman semakan kehakiman pada 4 MEI 2021.
kep utusan mahkamah itu juga membolehkan kira2 125,000 remaja 18-21 tahun mengundi pada Pilihan Raaya Negeri Sarawak dan 5.8 juta pengundi usia berkenaan di Malaysia mengundi pada PRU15 nanti.
SPR sudah mula mengajak anak2 muda berusia 18 tahin ke atas menyemak daftar Pra Pendaftaran sebagai persiapan melaksanakan pendaftaran automatik. 5 .8 juta orang terlibat .Mereka akan layak mengundi pada PRU15 nanti.SPR berkata pihaknya akan mempamerkan senarai berkaitan sehingga 31 OKTOBER 2021 bagi memudahkan remaja yang layak mengesahkan maklumat mereka.
POLIMIK mengenai keriauan parti2 politik kemungkinan rakyat enggan keluar mengundi pada PRU15 mulai hangat.Mereka memberi andaian diebabkan COVID19 peratusan mengundi mungkin kurang kerana rakyat takut untuk keluar mengundi.Bolehkah kita menerima andaian ini.SPR perlu memikirkan langkah sesuai menggalakkan rakyat keuar mengundi.Parti2 politik juga boleh membantu dengan penerangan yag jelas kepada ahli mereka mengapa perlu keluar mengundi.Jangan mendenda rakyat lagi.Cukuplah penderitaan mereka yang didenda ribuan RM kerana melanggar SOP Covid19.Carilah kaedah sesuai.
VIDEO:DATUK SERI AHMAD MASLAN,SUA UMNO MALAYSIA
Ada yang bertanya RACIK TU APA? srikandi cinta said... racik tu ape?? Racik juga bermaksud jerat ayam hutan..lihat foto ini: Salam pertemuan. Racik -satu lagi medan 'bicara' menemui anda.Mengapa Racik ? Racik mempunyai makna yang luas dan saya pilih untuk medan ini supaya ia benar-benar menepati hasrat dan tujuan medan ini diwujudkan.Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga, Racik bermakna menghiris,memotong,menyayat atau merajang tipis-tipis. Biasanya apabila sesuatu dihiris tipis-tipis, ia bertujuan untuk mudah dimasak,dimakan,,ditelan dan diluahkan! Itulah sebenarnya Racik .Bahan yang bakal dihidangkan sudah dihalusi,ditapisi dan diamati oleh penulisnya.Ia bertujuan memberikan maklumat bermanfaat,berilmu dan bertanggungjawab.Ia mudah diluahkan ............ Di mana Racik akan ditakhtakan?Hakikatnya Racik akan bersama dengan Blogers yang lain untuk merancakkan dunia melalui media internet yang semakin maju...
Ulasan