(seperti disiarkan dalam Akhbar Hari Ini RTM TV1 jam 7.30 pagi 25.11.08) Sabtu lalu Majlis Fatwa Kebangsaan mengistiharkan amalan senaman Yoga sebagai haram dan bertentangan dengan syariat Islam. Reaksi terhadap fatwa itu pelbagai. Ada pihak meyokong dan di pihak lain mempertikai fatwa berkenaan. Dan kini dua negeri - Selangor,Perak enggan melaksanakannya SERTA MERTA.. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan Mufti negeri itu membincangkan amalan senaman itu di Selangor secara terperinci sebelum keputusan dibuat mengenainya. Sultan Selangor juga berharap di masa depan sesuatu fatwa yang membabitkan kepentingan ramai perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Raja-raja. Baginda mahu memastikan fatwa yang dibuat dilaksanakan tanpa sebarang kontroversi. Di Perak juga sama. Kerajaan negeri itu mahu merujuk fatwa berkenaan kepada jawatankuasa fatwa dan majlis agama dan adat istiadat negeri Perak sebelum mendapat perkenan Sultan untuk melak