ANALISIS 3/12- (seperti tersiar dalam Akhbar Hari Ini RTM1 pada 3.12.08) Cadangan ahli parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir supaya hanya satu sistem pendidikan diwujudkan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum mengundang pelbagai reaksi. Ada anggapan cadangan itu bukan pendekatan terbaik, juga di pihak lain sebaliknya. Isu pendidikan terbuka untuk dibahaskan jika tujuannya untuk membaiki sistem yang ada agar meningkatkan lagi mutu pendidiklan negara. Tetapi ia mungkin menjadi sensitif jika ia dijadikan isu politik hingga polimik megenainya menyentuh soal kepentingan sesuatu kaum. Dalam hal ini analisis melihat polimik yang tercetus daripada cadangan Datuk Mukhriz menjurus ke arah kepentingan kaum yang wajar diperjelaskan. Dan bagi tujuan itu kita analisis kepentigan sekolah pelbagai aliran yang ada kini agar semua Pihak memahami matlamat pendidikan negara. Sekolah satu aliran atau Sekolah pelbagai aliran? Apakah kebaikan dan apa pula kekuranganya? Perkara itu kin