Pemilihan merebut jawatan Ketua Puteri UMNO kali ini menyaksikan pertandingan enam penjuru. Lima daripadanya adalah muka baru. Ia dilihat usaha terbaru memastikan Pergerakan Puteri terus relevan dan mantap sebagai sayap parti, sejajar dengan idea penubuhannya pada 2001. Ketua Penerangan Pergerakan Puteri, Datuk Shahaniza Shamsuddin...antara yang mendapat pencalonan tertinggi selain Naib Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Mereka dilaporkan selesa mendahului calon lain dalam persaingan merebut jawatan Ketua Puteri. Namun di sebalik perhatian yang diberikan kepada dua calon popular itu, calon-calon lain turut dilihat semakin memberi saingan. Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid dan Exco Puteri, Datin Ismalina Ismail, terus mendapat sokongan padu dan berada pada ranking yang tidak boleh dipandang enteng. Yang lebih mengejutkan, calon yang kurang diberi perhatian pada awalnya, iaitu Pengerusi Tetap Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya, Ida Rahayu Md Noor turut ligat berk