Popular Posts

Monday, March 28, 2011

KHABAR DARI KENYALANG 6

7 HARI LAGI HARI PENAMAAN  CALON...parti-parti pembangkang masih bertelagah manakala BN mula menyusun kerusi.Pilihan raya Sarawak ke 10 kali ini bukan setakat mengundi sebuah kerajaan tetapi memilih seorang KM baru menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.KM paling lama itu (30 tahun) sudah mahu menyerahkan jawatan KM kepada tokoh yang dipercayainya dan direstui pucuk pimpinan BN serta negara.Siapa? Apakah Tan Sri Taib akan membariskan banyak nama untuk dihantar kepada PM? Atau beliau sudah sedia memilih untuk direstui Datuk Seri Najib Tun Razak?Dato Seri Abang Johari Tun Openg adalah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).  Beliau juga merupakan ADUN Satok..
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Awang Tengah Hasan juga disebut.

Sunday, March 27, 2011

KHABAR DARI KENYALANG 5

MUKA BARU DAN YANG GUGUR


DR Abdul Rahman Junaidi (dua dari kanan) bersama sebahagian daripada 600 peserta Konvoi Bermotosikal Pemuda Barisan Nasional  memulakan perjalanan dari Esplanade Telaga Air ke Tebingan BGS Kampung Sourbaya Ulu Kuching di Kampung Telaga Air. - Foto Zain Ahmed
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak. diramal  mengetengahkan 10 hingga 12 muka baru bagi 35 kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu. antara yang disebut-sebut ialah  pensyarah Universiti Darul Iman Mohammad Hailmi Sajilikardiologis Hospital Serdang Dr Annuar Rapee; Ketua Penerangan Bahagian Kedup dan peguam Bernard Phillip; Timbalan Ketua Bahagian Kedup Martin Ben; penjawat awam Alex Ganyan dan pendidik Joseph Tiam. Residen Mukah Saudi Narani; Pengarah Urusan Sacofa Sdn Bhd Abang Jemat Abang Bujang; Ketua Pemuda PBB Telang Usan Dennis Ngau; bekas setiausaha politik Ketua Menteri Robertson Mawa serta dua Setiausaha Politik Ketua Menteri Tengku Geruna dan Robert Laing Anyie.  Mufti Sarawak Kipli Yassin guru dan komposer muzik Patrik Khamis serta Timbalan Ketua PBB Demak Jaya Dr Hazlan Hipni
. Antara yang tidak berhasrat mempertahankan kerusi DUN masing-masing ialah Datuk Hamden Ahmad (Belawai); Datuk Bolhassan Di (Beting Maro); ADUN Sadong Jaya selama enam penggal Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi; ADUN Demak Laut dan Menteri Muda Pembangunan Industri Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen; Datuk Ambrose Belikau Enturan (Katibas) dan penyandang Saribas Dr Wahbi Junaidi. Yang lain termasuklah wakil rakyat enam penggal Kedup Frederick Bayoi Manggie dan Lihan Jok, yang merupakan ADUN Telang Usan selama dua penggal.
 Pada pilihan raya negeri lepas, PBB mencalonkan tujuh muka baru.  Sebelum DUN, yang mempunyai 71 kerusi dibubarkan pada Isnin, BN menguasai 63 kerusi dengan PBB sebanyak 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 12, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi. Parti pembangkang, DAP memenangi enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi.

KHABAR DARI KENYALANG 4



Tukang karut, ahli nujum semakin ramai di Sarawak.
Ada yang mendakwa sebagai penganalisis politik bebas dan macam-macam gelaran lagi.
Ini semua gara-gara bermulanya kempen pilihan raya negeri itu yang berlangsung dengan pelbagai ragam dan rentak.
Siapakah yang memberikan tauliah kepada mereka?
Sandiwara parti-parti pembangkang juga turut rancak.
Mereka mempotretkan seolah-olah sedang berebut kerusi dengan tujuan menarik simpati pengundi di negeri itu.
DAP yang mempunyai selera tinggi memukul canang dengan mendakwa pembangkang tidak mampu membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya kali ini.
Apakah tujuan DAP?
Mereka mahu melalaikan parti-parti komponen BN dan penyokong BN.
Berikutan itu rakyat Sarawak perlu berhati-hati dan tidak terjebak dalam perangkap DAP dan parti-parti pembangkang.
Pqda pilihan raya 2006 lalu DAP bertumpu di kawasan bandar.
Tetapi parti itu menyusun strategi baru pada pilihan raya ke 10 ini.Mereka berhasrat menembusi kubu BN di kawasan pedalaman.
Seperti pilihan raya lalu, 71 kerusi duipertandingkan.
Sebelum DUN dibubarkan dua minggu lalu, Parti pembangkang menguasai 8 kerusi - 6 DAP,1 PKR dan 1 lagi Parti Cinta Malaysia, PCM.
Manakala BN yang memerentah mebnguasai 63 kerusi.
Kedudukan BN begitu kental di Sarawak tentulah sukar bagi pembangkang untuk merampas negeri itu.
Mereka menggunakan pelbagai taktik termasuk membawa tukang karut bagi mendapatkan publisiti untuk menembusi media di negeri itu.
Parti Keadilan Rakyat ,PKR Sarawak berkata ia tidak mempunyi mandat untuk menyelesaikan kebuntuan berhubung rundingan peruntukan kerusi parti pembangkang.
Antara kebuntuan itu betrhubung kerusi Batu Kawa,Dudong serta Piasau dan dengan Parti Kebangsaan Sarawak SNAP.
PKR, yang kini hanya menyandang kerusi Padungan, bertelagah dengan DAP.
PKR, mahu bertanding di 52 kawasan.Manakala SNAP mahu diberikan 40 kawasan najoriti kaum Dayak.
DAP pula diberikan 18 kerusi untuk ditandingi.
Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng berkata parti itu bersedia menyerahkan kerusi majoriti kaum Cina -- Padungan dan Senadin -- kepada PKR.
Bagaimanapunb DAP tidak akan menyerahkan kawasan Batu Kawa, Dudong dan Piasau kepada PKR.
Satu lagi kerusi yang dipertikaikan DAP ialah Balai Ringin.
DAP tidak mahu menyerahkan kerusi kawasan itu kepada SNAP.
Apa kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud?
Ia jelas menunjukkan parti-parti pembangkang -DAP, PKR dan SNAP dan PAS tidak dapat bekerjasama dengan satu sama lain.
Tan Sri Taib, yang Pengerusi BN Sarawak, berkata kerajaan kukuh dan efektif merupakan teras bagi merancang dan melaksanakan pembangunan untuk faedah rakyat.
Apakah parti-parti pembangkang yang cuba membentuk satu lagi pakatan di Sarawak mampu menyelesaikan pertelagahan menjelang penamaan calon 6 April ini?
Barangkali DAP dan PKR akan bertanding menentang satu sama lain di samping menentang BN dalam kawasan bandar seperti Padungan, Batu Kawah dan Dudong.
Pada pilihan raya umum 2006, kedua-dua DAP dan PKR meletakkan calon masing-masing menentang calon BN Lily Datuk Yong Lee Lee di Padungan.
Hasilnya Dominic Ng dari PKR memenangi kerusi itu.
Inilah barangkali punca PKR ingin bertanding di Padungan dan beberapa kawasan bandar yang lain, hingga mengecewakan DAP.
Kedudukan SNAP tidak begitu kukuh ketika ini.
pemimpin-pemimpin SNAP hanya menyanjungi diri sendiri.
Mereka mengambil perhatian bahawa pengaruh SNAP dalam politik tempatan kian merosot dalam beberapa tahun ini.
SNAP tidak mempunyai cawangan di daerah Dayak seperti Bengoh dan Tarat dan di sebahagian besar kawasan pilihan raya lain,.
.Beberapa cabang SNAP telah tidak aktif sejak parti itu dibatalkan pendaftarannya satu ketika dulu, dan dipulihkan kembali oleh pemimpin SNAP sekarang melalui mahkamah.
.Bagaimanakah parti-pati pembangkang mahu keluar daripada kemelut menjelang hari penaan calon 6 April ini?
Apa yang jelas sandiwara mereka akan berterusan bagi meraih simpati pengundi dan sebagai strategi politik melemahkan BN.






Saturday, March 26, 2011

NOVEL INTERLOK KEKAL TEKS TINGKATAN 5





(Teks ucapan penuh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat 24 Mac 2011 mengenai keputusan kerajaan berhubung novel Interlok karya Sasaterawan Negara Datuk Abdullah Hussein)



Tuan Yang Dipertua,
Terdapat lima (5) pertanyaan yang menyentuh isu berkaitan dengan kedudukan novel Interlok karya Sasterawan Negara Y.Bhg. Datuk Abdullah Hussain yang menjadi teks komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 5 di Zon 2, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan pertanyaan tersebut adalah:
1. YB Sabak Bernam (24.03.2011) - Hari ini
2. YB Kuala Krai (24.03.2011) - Hari ini
3. YB Bukit Gantang (04.04.2011)
4. YB Telok Intan (04.04.2011)
5. YB Hulu Terengganu (06.04.2011)
Oleh kerana kesemua pertanyaan yang dibangkitkan saling berkaitan, izinkan saya menjawab isu tersebut secara serentak, serta mengulas lapan (8) pertanyaan yang dikemukakan sebelum hari ini kerana menyentuh perkara yang sama.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa bersikap terbuka dalam menerima pandangan pelbagai pihak untuk menambah baik sistem pendidikan negara. Semangat musyawarah diutamakan dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu yang timbul di samping memastikan sebarang tindakan yang dibuat dilaksanakan secara berhati-hati. Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
Dalam menangani isu novel Interlok, Kementerian mengambil langkah yang amat teliti supaya sebarang keputusan yang dibuat adalah rasional, munasabah dan dapat diterima oleh semua pihak.
Novel Interlok adalah satu karya sastera yang telah melalui proses pemilihan dan penyaringan yang ketat sebelum dipilih sebagai teks Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 5. Novel ini telah dinilai oleh enam (6) jawatankuasa di peringkat Kementerian, yang ahli-ahlinya terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai disiplin ilmu. Ini adalah untuk memastikan Interlok memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu karya asal yang ditulis dalam bahasa Melayu, menepati Kurikulum Bahasa Malaysia, mendukung nilai-nilai murni, menimbulkan kesan nasionalisme yang kuat dan mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.
Suka saya menegaskan bahawa dalam pemilihan teks Komsas, keutamaan diberikan kepada hasil karya Sasterawan Negara, pemenang anugerah S.E.A. Write Award dan pemenang hadiah Sayembara Sastera.
Secara khusus, novel Interlok memaparkan kegigihan watak-watak dalam keluarga berketurunan Melayu, Cina dan India di zaman sebelum merdeka untuk mengubah nasib diri dan menjadi manusia yang bermaruah dan bermartabat. Watak Cing Huat digambarkan sebagai seorang anak muda Tionghua yang bekerja keras meneruskan perniagaan bapanya sehingga menjadi kaya raya dan dihormati oleh masyarakat.
Watak Maniam pula dipaparkan sebagai seorang buruh India yang rajin berusaha sehingga akhirnya berjaya menjadi tandil estet. Malah melalui pendidikan, anak Maniam iaitu Ramakrisynan berjaya menjadi inspektor polis.
Watak Seman pula ditonjolkan sebagai anak seorang petani Melayu yang bekerja kuat untuk mengangkat nilai dirinya agar menjadi insan yang berjaya dan dihormati oleh penduduk desanya.
Penceritaan tentang kegigihan watak-watak pelbagai kaum dalam novel ini untuk mengubah nasib diri memberi pengajaran kepada murid bahawa sesiapa sahaja, tanpa mengira perbezaan kaum, warna kulit dan agama, boleh berjaya dalam kehidupan sekiranya mereka gigih berusaha.
Novel ini juga sarat dengan nilai-nilai perpaduan kaum. Aspek kerjasama dan hormat menghormati antara kaum ditonjolkan dengan nyata melalui persahabatan Maniam dan Musa. Dalam novel ini, Maniam dipaparkan sebagai seorang yang sentiasa mengenang jasa sahabatnya Musa yang pernah menyelamatkan nyawanya, walaupun Musa telah lama meninggal dunia.
Sebagai membalas jasa Musa, Maniam telah menolong anak Musa, iaitu Seman, untuk mendapatkan pekerjaan di estet. Malah, sebagai penghormatan kepada Maniam, Seman memanggil Maniam dengan panggilan tuan.
Interlok adalah sebuah karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah sosial dan imaginasi pengarang. Melalui adunan realiti dan imaginasi, novel ini cuba memaparkan suatu bentuk kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka.
Malah, penulis menggambarkan watak-watak dari ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama menyambut kemerdekaan negara dalam suasana penuh pengharapan dan kegembiraan.
Dalam konteks ini, penulis telah berjaya menggambarkan rupa bentuk rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu. Atas dasar ini, Kementerian Pelajaran tanpa ragu-ragu telah memilih novel Interlok sebagai teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk Tingkatan Lima di Zon 2.
Namun demikian, penggunaan novel Interlok telah menimbulkan bantahan daripada beberapa kumpulan dalam masyarakat India. Bantahan adalah berkisar tentang penggunaan perkataan 'kasta Paria' di dalam novel tersebut yang didakwa bersifat rasis dan menyinggung perasaan kaum India.
Sehubungan itu, mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Januari 2011 telah memutuskan supaya Kementerian Pelajaran mengadakan dialog dengan wakil NGO India bagi membincangkan kontroversi novel Interlok dan mencari jalan penyelesaian. Parti MIC telah mencadangkan beberapa nama untuk mewakili NGO India dan kesemua mereka telah dijemput untuk berdialog dengan pihak Kementerian pada 18 Januari 2011.
Kontroversi novel Interlok juga telah menimbulkan desakan daripada ahli akademik, sasterawan, persatuan penulis dan orang awam supaya novel ini dikekalkan sebagai teks Komsas. Mereka menegaskan bahawa Interlok tidak bersifat rasis malah mengandungi banyak nilai-nilai positif yang menjurus ke arah perpaduan dan keharmonian kaum.
Kumpulan ini juga turut memohon untuk berdialog dengan Kementerian Pelajaran berhubung isu ini. Justeru, beberapa individu yang mewakili kumpulan ini turut dijemput menghadiri sesi dialog yang diadakan.
Hasil dialog seterusnya telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan susulan daripada itu, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya:
i) Novel ini terus diguna pakai sehingga satu pendekatan yang komprehensif dicapai dalam menangani isu berbangkit;
ii) Mengarahkan penubuhan satu panel bebas untuk mengkaji kandungan novel;
iii) Mendapatkan pandangan daripada penulis; dan
iv) Mencadangkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut.
Berdasarkan keputusan Jemaah Menteri, Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok telah ditubuhkan untuk meneliti bahagian yang dianggap sensitif kepada masyarakat India dan memperakukan kepada kerajaan bentuk suntingan yang sesuai tanpa menjejaskan jalan cerita dan mesej murni yang ingin disampaikan oleh Sasterawan Negara Y.Bhg. Datuk Abdullah Hussain melalui karyanya.
Panel bebas ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia dan dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang bahasa dan sastera termasuk tiga (3) wakil masyarakat India dan seorang wakil penulis.
Panel Bebas ini telah bersidang sebanyak empat (4) kali dan mengadakan dua (2) pertemuan dengan saya.
Pada mesyuarat kali ke-3, Panel Bebas telah mencapai kata sepakat untuk menggugurkan frasa "kasta Paria" dalam novel ini dan menggantikannya dengan frasa "golongan yang sama." Alhamdulillah, cadangan suntingan ini telah dipersetujui oleh penulis sebagai pemegang hak cipta dan untuk itu kerajaan merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada penulis di atas kemurahan hati beliau membenarkan karya sastera ini disunting.
Pada masa yang sama, wakil masyarakat India dalam Panel Bebas juga mengemukakan kepada kerajaan sebanyak 106 bentuk cadangan pindaan yang lain untuk dipertimbangkan. Cadangan pindaan ini tiada kaitan dengan isu pokok, iaitu "kasta Paria" yang telah pun diselesaikan, tetapi meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan fakta, bahasa dan tatabahasa, termasuk koma, noktah dan tanda soal.
Sehubungan itu, saya telah meminta Panel Bebas untuk meneliti satu persatu 106 cadangan pindaan yang dikemukakan dan mengenal pasti perkara-perkara yang benar-benar menyentuh sensitiviti masyarakat India sahaja dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan.
Lanjutan daripada itu, Panel Bebas telah sekali lagi bermesyuarat pada 23 Mac 2011 untuk meneliti kesemua cadangan ini. Hasil penelitian Panel Bebas mendapati hanya 19 perkara sahaja yang boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India. Ini bermakna, sebanyak 87 perkara lagi adalah tidak berkaitan dengan isu pokok. Ini termasuklah cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel, ejaan "tali" dipinda kepada "taali," perkataan "papa" ditukar kepada "appa," "cawat" ditukar dengan "dhoti" dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikian, kesemua ahli panel, termasuk wakil masyarakat India, telah bersetuju untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit untuk membuat suntingan yang wajar kepada novel ini dalam cetakan akan datang.
Daripada 19 perkara yang boleh dianggap sensitif ini pula, tiga (3) daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis telah bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu dalam novelnya.
Tiga (3) perkara lagi iaitu yang berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai. Panel Bebas, dengan persetujuan wakil masyarakat India, memutuskan bahawa ketiga-tiganya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat India.
Daripada 13 perkara yang berbaki, tujuh (7) perkara telah dapat diselesaikan apabila Panel Bebas mencapai kata sepakat untuk memasukkan errata di dalam novel ini bagi membuat pembetulan dan pengguguran terhadap beberapa frasa yang dianggap sensitif dalam amalan kebudayaan dan keagamaan masyarakat India. Manakala enam (6) perkara lain juga telah dapat diselesaikan kerana penulis, sekali lagi, dengan kemurahan dan kejernihan hati beliau, telah bersetuju untuk meminda perkataan "Tuhan" kepada perkataan "dewa" dan menggugurkan frasa "orang berkulit hitam" daripada novel ini.
Selain dari itu, Kementerian akan menyediakan satu glosari untuk memperjelaskan beberapa frasa dan konsep yang terkandung dalam novel Interlok bagi memudahkan murid memahami teks dan konteks novel yang memaparkan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita.
Alhamdulillah, dengan persetujuan yang dicapai oleh Panel Bebas dan perakuan yang dikemukakan kepada kerajaan, isu ini telah dapat diselesaikan dengan baik. Ini adalah satu testimoni yang amat nyata bahawa di negara kita tidak ada satu isu yang tidak boleh diselesaikan melalui meja perundingan. Dengan semangat musyawarah dan muafakat serta kesediaan untuk mendengar dan menerima, kita telah buktikan bahawa serumit mana pun kemelut yang kita hadapi, kita dapat mengharunginya dengan tabah dan sabar.
Episod Interlok ini menjadi bukti kepada kita betapa semangat perpaduan, penerimaan dan hormat menghormati antara kaum selaras dengan Gagasan 1Malaysia terus subur di negara kita.
Saya juga ingin mengingatkan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik yang sempit supaya jangan sekali-kali cuba menangguk di air yang keruh. Jangan sekali-kali mengeksploitasi isu ini untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan mencetuskan porak peranda di negara kita yang tercinta. Ini adalah satu perbuatan sia-sia yang pasti akan ditolak oleh rakyat.
Saya yakin majoriti rakyat di negara kita adalah rasional dan mereka akan menerima keputusan yang adil dan munasabah.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghormatan dan penghargaan kepada Sasterawan Negara Y.Bhg. Datuk Abdullah Hussain atas kemurnian hati beliau untuk mengizinkan novel Interlok disunting. Dalam pertemuan saya dengan beliau beberapa hari lalu, Y.Bhg. Datuk Abdullah Hussain berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak sekali-kali berniat untuk menyentuh sensitiviti apa lagi menghina masyarakat India ketika menulis novel ini empat puluh tahun yang lalu.
Apa yang dipaparkan dalam novel ini adalah cetusan pemikiran dan imaginasi beliau tentang kehidupan sosial masyarakat pelbagai kaum di negara kita yang dijelmakan dalam bentuk karya sastera kreatif.
Untuk itu, sewajarnyalah kita menghormati bukan sahaja karya beliau, tetapi juga segala keputusan yang telah dibuat oleh beliau dalam membantu kerajaan untuk menyelesaikan kontroversi novel Interlok. Ini adalah satu lagi sumbangan beliau yang amat besar kepada negara.
Selain itu, saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli Panel Bebas iaitu:
(i) Y.Bhg Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin, Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Pengerusi;
(ii) Y.Bhg Datin Siti Saroja Basri, wakil penulis;
(ii) Y.Bhg Prof. Datuk Zainal Abidin Borhan, Setiausaha Satu Gabungan Penulis Nasional;
(iv) Y.Bhg Datuk Termuzi Abdul Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka;
(v) Y.Bhg Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, Pensyarah di Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia;
(vi) Y.Bhg. Prof. Dr. NS Rajendran, Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki di Universiti Pendidikan Sultan Idris;
(vii) Encik G. Krishnabahawan, pendidik; dan
(viii) Encik Uthaya Sankar penulis bebas.
Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pimpinan MIC yang telah berbincang dengan YAB Perdana Menteri dan saya selaku Menteri Pelajaran untuk mengambil keputusan bersama bagi menyelesaikan isu ini.
Dengan persetujuan yang telah dicapai, Kementerian menganggap bahawa isu ini telah selesai.
Sekian, terima kasih.

ISU INTERLOK:APA KATA MEREKA?

PRESIDEN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU NASIONAL PROF.MADYA DATUK MOHD ALI HASSAN:
Isu novel Interlok tidak perlu dibangkitkan lagi dan semua pihak harus terima keputusan kerajaan untuk menukar frasa dalam novel karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussein.Isu kandungan novel itu adalah berkaitan dengan sejarah Malaysia dan penduduknya dan ia tidak bertujuan untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.Novel ini tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana ia ditulis oleh seorang sasterawan negara maka penulisan beliau tidak harus dipertikaikan kerana ia berdasarkan fakta dan bukannya direka-rekaIa sebahagian daripada sejarah Malaysia dan semua orang harus menerima hakikat tersebut.  
KETUA SATU GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL,GAPENA PROF.EMERITUS TAN SRI DR.ISMAIL HUSSEIN:
Saya  kecewa kerana novel Interlok dipolitikkan oleh beberapa pihak hanya untuk kepentingan mereka. Tindakan membakar dan mengharamkan novel Interlok bukanlah jalan penyelesaian terbaik dan bijak kerana ia adalah satu bentuk hasutan dan ia tidak diseharusnya berlaku kerana novel itu ditulis oleh seorang sasterawan negaraApa yang menjadi masalah sekarang ialah wujudnya beberapa pihak yang kononnya mereka memperjuangkan kaum mereka dan sengaja menjadikan Interlok sebagai isu dan terus mempolitikkannya sehingga mengelirukan orang ramai. Gapena menyokong dan menyambut baik keputusan kerajaan untuk meneruskan penggunaan Interlok sebagai buku teks sekolah dan berharap semua pihak akan menerima keputusan itu dan jangan membangkitkan isu itu lagi.(lihat ucapan penuh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa soal jawab di Dewan Rakyat 24 Mac) .

Friday, March 25, 2011

KHABAR DARI KENYALANG 3

16 April ini amat crucial bagi lebih 900 ribu pengundi di Sarawak .BN yakin akan diberi mandat sekali lagi untuk meneruskan pemerentahan tanpa "saingan" di Bumi Kenyalang sejak negeri di bawah Borneo itu memperolehi kemerdekaan bersama selepas menyertai Gagasan Malaysia yang diilhamkan  Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putera Alhaj pada 1963.
Tetapi pilihan raya ke 10 ini pasti dikenang oleh rakyat Sarawak kerana ia yang terakhir bagi Ketua Menteri yang bagi kebanyakan penduduk Sarawak dianggap sebagai bapa dan pemimpin rakyat.Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatannya sebagai KM dan tentulah Presiden Parti PBB serta Pengerusi BN Sarawak.
Tan Sri Taib tidak akan mengetuai kerajaan negeri itu lagi.Siapa penggantinya?Tan Sri Taib dilantik sebagai KM pada 1981 menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Yaakub yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri .Wataknya serius.Beliau susah untuk tersenyum walau dicuit wartawan.Orangnya amat berdisiplin dan tidak bercakap tanpa fakta.Pendek kata tidak mudah untuk mengorek berita daripada beliau.
 PBB pimpinan beliau kebal.Pilihan raya negeri 2006 menyiah habis pembangkang yang bertanding di kawasan yang diperuntukkan kepada parti itu.PBB menyapu bersih semua 35 kerusi ditandinginya.Ini menjadikan pemimpin parti-parti pembangkang gerun dengan Tan Sri Taib.DAP hanya berani meletakkan calon di kawasan bandar yang majoriti pengundinya ketiurunan Cina.DAP menang 6 daripada 8 kerusi
Rakannya PKR dan Parti Cinta , PCM masing-masing satu kerusi. SNAP yang keluar BN sejurus sebelum pilihan raya bertanding 29 kerusi tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.
Pilihan raya negeri Sarawak badi kepada parti-parti pembangkang.Hasrat mereka mahu membentuk kerajaan di negeri pelbagai etnik, suku kaum dan taraf hidup itu hanya indah di kertas sahaja.Apapun pakatan yang mereka wujuidkan antara DAP,PKR,PAS dan SNAP tidak mampu menembusi "aura" Taib Mahmud
Ketika ini BN memiliki 63 daripada 71 kerusi DUN Sarawak.-Yunos Alias.

ISU NOVEL INTERLOK SELESAI

Tahniah kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berjaya menyelesaikian isu novel Interlok yang paling kritikal dan kontroversi dalam konteks perpaduan di Malaysia.Memang benarlah Kementerian Pelajaran kerusi panas..Apa lagi isu selepas ini?
Kerajaan mesti terus tegas.Novel Interlok amat relevan untuk dijadikan buku teks sastera.Hanya sedikit berkaitan perkataan "paria" dan beberapa rakaman penulis Datuk Abdullah Hussein mengenai adat budaya dan hidup resam kaum India dan penganut agama Hindu.Mereka tidak mahu fakta itu konon boleh jejaskan kecintaan generasi mereka terhadap agama dan bangsa.
Perkataan 'paria' akan digugurkan dari novel Interlok yang digunakan di sekolah menengah sebagai bahan sastera, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Interlok adalah sebuah karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah sosial dan imaginasi pengarang.
dan atas ketegasan dan kebijaksanaan Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, isu novel Interlok sudah selesai.Syabas!
Novel itu tetap menjadi komponen sastera Tingkatan 5.Tahniah Datuk Abdullah Hussein yang menulis novel itu.Perkataan 'paria' akan digugurkan dari novel Interlok yang digunakan di sekolah menengah sebagai bahan sasteraitulah kata Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen semalam 24 Mac.Perkataan itu yang mencetuskan kemarahan dan demonstrasi daripada masyarakat India akan digugurkan dari versi yang digunakan di sekolah.
Panel bebas yang ditubuhkan bagi mengkaji kesesuaian novel tersebuk, termasuk tiga perwakilan India sepakat menggantikan perkataan paria dengan "golongan yang sama
Dengan persetujuan yang dicapai, Kementerian  Pelajaran menganggap isu ini selesai,” Begitu tegas Tan Sri Muhyiddin...
 PanelBebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok pada 4 Mac sebulat suara bersetuju untuk meminda novel tersebut dan melaksanakan enam saranan.
Ahli panel lain  ialah isteri pengarang Datuk Abdullah Hussain, Datin Siti Saroja Basri dan tiga wakil masyarakat India – Profesor NS Rajendran dari Institut Pengajian Global Universiti Perguruan Sultan Idris, mantan kakitangan Kementerian Penerangan G Krishnabahwan dan pengerusi Kumpulan Sasterawan Kavyan Uthaya Sankar SB.

Wakil Gabungan Penulis Nasional (Gapena) turut menganggotai panel, Datuk Dr Zainal Abidin Borhan..

Thursday, March 24, 2011

SIAPA DATUK T?

Siapa Datuk T?Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim Bendahari Perkasa.Mereka adalah individu di sebalik gelaran itu- Datuk T bermaksud "Trio".Mereka mendedahkan  video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara 22 Mac .
Apa kata Tan Sri Rahim Tamby Chik?Saya dihubungi minta bantu salin video seks itu.Saya juga diminta atur previu wartawan.Pilih Carcosa Seri Negara kerana ia bebas dari gangguan.
Apa kata Shazly Eskay? Saya diarah ambil jam Omega dalam bilik hotel di Kuala Lumpur.Saya yakin 100 peratus individu itu ialah pemimpin pembangkang itu.Saya ada dalam video itu.
Apa kata Shuib Lazim? Saya jemput seorang ahli parlimen..dia memang rapat dengan pemimpin itu, untuk tonton video berkenaan.
Apa kata Ahli Parlimen itu? Individu itu bukan pelakon utama video itu .Bentuk tubuhnya tidak sama..perut besar sikit-gambar ihsan KOSMO.
Former Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik,businessman Datuk Shazly Eskay Abdullah and Ngo's activies Datuk Shuib Lazim reveals they're Datuk "T" behind the sex video ...











Wednesday, March 23, 2011

SARAWAK: SPR UMUM TARIKH MENGUNDI

Hari mengundi pilihan raya ngeri Sarawak  ke 10 ditetapkan 16 April.Manakala hari penamaan calon 6 April.Demikian diumumkan SPR di Kuching...

KHABAR DARI KENYALANG 2

ADUN Telang Usan, Lihan Jok dah hantar surat kepada pucuk pimpinan BN Sarawak supaya jangan dicalon lagi kali ini.Beliau sudah dua penggal.Kawasannya dihuni majoriti Orang Ulu daerah Baram.
Lihan muda lagi 54 tahun bekas guru besar.Tanding pilihan raya 2001 dan 2006 kalahkan Kebing Wan (Bebas 2001) dan calon SNAP 2006.
Apa kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud? Terserah kepada PM nak benarkan atau tidak.

KHABAR DARI KENYALANG 1

Berebut kerusi.PKR dan SNAP belum dapat kata sepakat pasal kerusi pilihan raya negeri Sarawak bulan April ini.SNAP mahu 11 lagi calonnya menjadikan 27 calon bertanding.Antara kerusi direbut SNAP Pelagus,Tebedu,Ngemeh,Tarat,Bukit Bangunan dan Katibas.SNAP tak mahu kerusi Bakelalan dan Batang Ai.Kerusi panas katanya.PKR boleh ambil.SNAP sebenarnya hendak 40 kerusi.

INFO CALON SNAP (sumber Berita Harian)
  • Abang Jeros (DUN Tarat)
  • Anthony Nais (DUN Tebedu)
  • Ivanho Anthony Belon (DUN Bukit Begunan)
  • Alexus Douglas (DUN Ngemah)
  • Bakin Umpa (DUN Meluan)
  • Munan John Andrew (DUN Tamin)
  • Adang Jirau (DUN Kakus)
  • Dauglas Alau (DUN Pelagus)
  • Toh Heng San (DUN Katibas)
  • Rosnah Mohamad (DUN Jepak)
  • Lawrence Cosmas Sundang(DUN Batu Danau)

BUKU JINGGA

Buku Jingga.Apa kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein?.
Buku Jingga karangan parti pembangkang tidak sesuai untuk rakyat Sarawak.Dah lewat.Kita sudahpun lihat isu seperti hak milik tanah. pembangunan luar bandar,elektrik dan air.Kita dah laksanakan bukan janji lagi.Buku Jingga cuma untuk pilihan raya.Kita(BN) konsisten beri tumpuan kepada Sabah dan Sarawak bukan musim pilihan raya sahaja.Janji pembangkang dulupun belum ditunaikan...

Tuesday, March 22, 2011

TIPS KESIHATAN BERDASARKAN WATAK

Perwatakan kita mempengaruhi keadaan kesihatan.Watak kita adalah hasil dari pengaruh gen dan agennya. Dengan mengetahui kita termasuk karakter mana akan menjadikan kita berwaspada terhadap risiko kesehatan, kata Dr Martin Hagger, pakar psikologi kesihatan dari Universiti Nottingham dan Universiti Curtin, Australia.

Manfaat positif lainnya, kata Hagger, kita juga memeroleh kesempatan mengenal dan menganalisis aspek yang kurang sehat dalam pelakuan kita seperti kebiasaan merokok atau minum alkohol.

Watak Periang

Mereka yang masuk kategori ini biasanya mempunyai pandangan yang luas tentang kehidupan.

Para ahli dari Doshishai Kyoto, Jepun menganalisis lelaki dan wanita obesiti yang sedang menjalani program pelangsingan termasuk konseling, latihan olahraga dan diet.Hasilnya mereka menemukan mereka yang fikirannya paling positif mencatat penurunan berat badan paling sedikit.

Pakar Universiti California AS menemukan rasa kepercayaan diri mengatasi kesulitan hidup dan dapat menangani risiko lebih besar. Hal ini juga menjelaskan mengapa mereka berwatak periang relatif mati di usia muda.

Cemas

Para pengkaji di Universiti Descartes, Paris, dan Centre for Addiction and Mental Health, Toronto, Kanada, menemukan mereka yang dependen dan secara emosional kurang stabil juga cenderung merokok dan minum alkohol, memiliki kebiasaan makan tidak teratur dan gangguan tidur. Tingginya kadar hormom stres juga mendedahkan kepada masalah sakit kepala, jerawat dan pelbagai penyakit lain.

Mereka dari kumpulan ini lebih cenderung melakukan seks..

Sensitif

Lelaki yang wataknya seperti wanita — simpatik dan penghiba — memiliki kadar stres yang lebih rendah dan berisiko lebih kecil mengalami serangan jantung.Kajian Universitas Glasgow Scotland.

Dalam kajian itu para lelaki diberikan nilai ‘maskulin’ dan ‘kewanitaan’ berdasarkan perilakunya seperti kemampuan memimpin, rasa belas kasihan dan sensitif kepada keperluan orang lain.

Pemalu

Menurut kajian mereka yang ber sifat pemalu 50 peratus berisiko lebih besar mengidap sakit jantung. Penyelidik dari Universii Northwestern Chicago melakukan kajian selama 30 tahun berkata ini kerana kumpulan berwatak pemalu cenderung memilih hidup bersendirian dan mengasingkan diri hingga mendedahkan kepada stress apabila berdepan masalah.Anda dari golongan mana?- Y.A.




Sebuah jet tempur Amerika Serikat F-15 jatuh di Libya21/3/2011 seorang anggota jumpai selamat dan seorang lagi sedang dicari.Jet ini menyertai tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat menguatkuasakan zun larangan terbang PBB ke atas Libya.Istana Presiden Muammar Gaddafi teruk dibedil dalam serangan besar-besaran tentera ke atas Libya.Nasib Gaddafi belum diketahui....




SHORT NOTES FROM PUBLISHER

This blog does not allow anonymous comments.Comment moderation has been enabled. All comments are allowed but must be approved by the blog author/publisher-YUNOS ALIAS.

PANAS...ANWAR DAN VIDEO SEKS

Apa kata Anwar Ibrahim? Itu bukan saya.Lelaki itu perut buncit, saya tidak..Jam jenama mahal dikata diberi kepada wanita dikaitkan dalam video itu..ada pada Azizah, dia simpan..Saya sedang tweet(tweeter) waktu video itu dirakam..saya sudah simpan bukti takut dihack..Siapa Datuk T..saya tidak kenal dia..kenapa pula dia suruh saya dan Azizah (Anwar Ketua Umum PKR dan Azizah isteri beliau Presiden PKR) letak jawatan? Datuk T dedah video itu di Carcosa Seri Negara 21 Mac 2011.

Begitu kejam ISRAEL?

WARGA Palestin lari menyelamatkan diri berdekatan sisa runtuhan bangunan milik Hamas yang musnah selepas diserang tentera udara Israel di bandar Gaza, hari ini, 22 Mac 2011.

NASIB GADDAFI

Istana Gaddafi musnah dibom


Keadaan bangunan pentadbiran Istana Bab Al-Aziziya, Tripoli yang musnah dalam serangan tentera bersekutu pagi semalam.

Istana utama Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi di sini dibom oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan empat negara sekutunya dalam serangan terbaru semalam.Ia sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa diktator tersebut mungkin terbunuh.Selepas serangan tersebut, sumber kerajaan Libya segera menyifatkan laporan bahawa anak keenam Gaddafi, Khamis mati dalam serangan tersebut sebagai berita tidak masuk akal.Khamis masih lagi menjadi komander tentera Brigade ke-32.Serangan lewat malam itu memusnahkan sama sekali bangunan pentadbiran tiga tingkat yang terletak di dalam kawasan istana yang dikenali sebagai Bab Al-Aziziya itu.

Bangunan pentadbiran yang musnah itu terletak 50 meter dari sebuah khemah Badwi yang lazimnya digunakan oleh Gaddafi untuk menyambut tetamu negara.Pengarah Staf Jabatan Pertahanan (Pentagon) AS, William E. Gortney menafikan menjadikan pemimpin Libya itu sebagai sasaran.Kepulan asap dapat dilihat dengan jelas dari kawasan istana berkenaan.Namun kebakaran dikatakan tidak merebak walaupun serpihan konkrit berterabur di kawasan berhampiran.Lokasi tersebut pernah dibom oleh AS pada tahun 1986 dalam serangan yang menyebabkan anak angkat perempuan Gaddafi, Hana terbunuh.Gaddafi juga dikatakan sering memberi ceramah di hadapan satu arca emas yang menunjukkan tangan menggenggam replika jet pejuang AS bagi mengingati serangan sebelum ini -dipetik dari akhbar KOSMO.


LIBYA DIAMBANG KEMUSNAHAN....

LIBYA diserang gara-gara zun laranga terbang yang dikuatkuasakan Majlis Keselamatan P-B-B.Amerika Syarikat dan sekutunmya melancarkan serangan besar-besaran ke atas negara pengeluar minyak terbesar dunia itu dua hari lalu, 19 Mac.Apakah tindakan ketenteraan tergesa-gesa itu wajar?Menurut laporan awal 52 orang rakyat Libya terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera.
.
Tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat melepaskan bedilan peluru berpandu Tomahawk ke atas kedudukan tentera Libya.Senjata itu pernah digunakan ketika perang teluk dan serangan ke atas Iraq pada 1991 dan 2003 .
.
Libya kini sedang berada diambang kemusnahan.Tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya Britain dan Peranchis itu amat sukar diterima dan boleh dikatakan terburu-buru.Apakah muslihat Washington?Libya adalah antara anegara pengeluar minyak terbesar dunia.Krisis di Libya merungsingkan Amerika Syariikat.Harga minyak mentah di Amerika naik hingga 3,5% 17 Mac lalu ekoran ketegangan di Libya dan Asia Barat.Dagangan minyak mentah turun hingga di bawah 500.000 lot dan sebagai angka terendah sejak 3 Januari lalu.Harga minyak di New York Mercantile Exchange naik 3,5% menjadi lebih 100 dolar satu tong.Di london minyak Mentah Brent untuk pengiriman Mei naik 3,9% menjadi 115 dolar Amerika.Apakah ini antara punca Libya diserang?
.
Zun larangan terbang dikenakana ke atas negara itu selepas Presiden Muammar Gaddafi dituduh kuasa Barat sengaja tidak mematuhi ketetapan Majlis Keselamatan PBB.Gaddafi dikatakan melancarkan serangan ke atas pemberontak Libya dan membunuh ramai orang awam dalam usahanya mempertahankan kuasa .Pemberontakan Libya 2011 kemuncak bantahan anti-kerajaan yang bermula pada 15 Februari 2011.Pemberontakan itu diilhamkan oleh peristiwa seumpamanya di Mesir dan Tunisia.Ia berpusat di dua bandaraya terbesar di Libya, iaitu ibu kota Tripoli Barat dan Benghazi di Timur.
.
Pada 18 Februari, kumpulan pemberontak yang dioskong Barat menawan hampir seluruh Benghazi dengan sokongan polis dan unit tentera yang berpaling tadah.Regim Gaddafi bertindak balas dengan menghantar tentera elit dan askar upahan yang ditentang hebat oleh penduduk Benghazi dan tentera yang berpaling tadah lebih 200 orang terkorban..
.
Pada 21 Februari, jet-jet pejuang tentera udara Libya mengebom kumpulan pemberontak dan kawasan awam di Tripoli sehingga menceuskan kecaman antarabangsa.
.
Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Britain , Perancis, Jordan, dan Rusia mengenakan sekatan terhadap Gaddafi.Majlis Keselamatan PBB meluluskan Resolusi 1970 untuk membekukan aset-aset Gaddafi dan 10 orang pembantu kananya serta ahli keluarga dan merujukkan rejim Gaddafi untuk disiasat oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
.
Pada 17 Mac, Majlis Keselamatan PBB meluluskan Resolusi 1973 untuk membenarkan negara-negara anggota menguatkuasakan perintah larangan terbang di Libya.Resolusi itu menjelaskan serangan jika perlu tetapi bukan di tempat awam.
.
Muammar Gaddafi memerintah Libya selepas menggulingkan sistem beraja pada tahun 1969 ekoran pesaraan Fidel Castro pada tahun 2008 dan kematian Omar Bongo pada tahun 2009Gaddafi ialah ketua negara bukan raja yang paling lama memerintah di dunia..Dari aspek sejarah Libya dibentuk pada 24 Disember 1951.Raja Idris I bertindak sebagai pemimpin negara minyak ituBeberapa negara Eropah termasuk Itali cuba untuk merebut Libya dan menjadikannya wilayah jajahan.Tetapi, Libya mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua.
.
Libya adalah negara yang mempunyai KDNK tertinggi di Afrika hasil simpanan minyaknya yang besar- YUNUS ALIAS.
sila baca rencana ini yang dihantar oleh peminat blog ini yang menamakan diri sbagai AGT40.Saya siarkan tanpa sebarang suntingan -
To all the people of world
The people in Egypt are under governmental siege. Mubarak regime is banning Facebook, Twitter, and all other popular internet sites Now, the internet are completely blocked in Egypt. Tomorrow the government will block the 3 mobile phone network will be completely blocked. And there is news that even the phone landlines will be cut tomorrow, to prevent any news agency from following what will happen.
Suez city is already under siege now. The government cut the water supply and electricity, people, including, children and elderly are suffering there now. The patients in hospitals cannot get urgent medical care. The injured protesters are lying in the streets and the riot police are preventing people from helping them. The families of the killed protesters cannot get the bodies of their sons to bury them. This picture is the same in north Saini (El-Sheikh zoyad city) and in western Egypt (Al-salom). The riot police is cracking down on protesters in Ismailia, Alexandria, Fayoum, Shbin Elkoum, and Cairo, the capital, in many neighborhoods across the city.
The government is preparing to crackdown on the protesters in all Egyptian cities. They are using tear gas bombs, rubber and plastic pullets, chemicals like dilutes mustard gas against protesters. Several protesters today have been killed when the armored vehicles of the riot police hit them. Officials in plain clothes carrying blades and knives used to intimidate protesters. Thugs deployed by the Egyptian Ministry of Interior are roaming the streets of Cairo, setting fire on car-wheels as means of black propaganda to demonize protesters and justify police beatings and state torture
All this has been taken place over the past three days during the peaceful demonstrations in Cairo and other cities. Now, with the suspicious silence of the local media and the lack of coverage from the international media, Mubarak and his gang are blocking all the channels that can tell the world about what is happening.
People who call for their freedom need your support and help. Will you give them a hand?
The activists are flooding the net (youtube and other sites) with thousands of pictures and videos showing the riot police firing on armless people. The police started to use ammunition against protesters. 15-year old girl has been injured and another 25 year old man has been shot in the mouth. While nothing of these has appeared in the media, there is more to happen tomorrow. Will you keep silent? Will you keep your mouth shut while seeing all these cruelty and inhumane actions?
We don’t ask for much, just broadcast what is happening- by Agt40(?)..






.

CORET-CORET DARI KENYALANG...

PAS dilaporkan berura-ura mahu meletakkan calonnya di beberapa kawasan tumpuan pengundi Melayu.DAP dan PKR sudah tentu bertumpu di kawasan bandar yang mengharapkan sokongan pengundi Cina.Apakah bahan kempen mereka nanti?Dalam pilihan raya 2006 lalu isu dimainkan pembangkang ialah isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi rakyat.Di antaranya isu kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter mulai 28 Februari 2006.Kenaikan itu dimanipulasi parti pembangkang untuk memancing undi di kawasan bandar.Sarawak adalah negeri pengeluar minyakPembankang kata jika undi BN golongan Cina di Sarawak membenarkan atau setuju dengan kenaikan harga minyak dan akan ada lagi kenaikan harga bahan itu di masa akan datang.
.
Sarawak mempunytai penduduk 2.3 juta orang dengan pelbagai etnik.Terdiri daripada 28 kaum dan suku kaum utama - lima kumpulan utama, iaitu Iban, Cina, Melayu dan Melanau, Bidayuh dan Orang Ulu.
.
Tiada majoriti yang ketara di antara kaum utama di negeri itu.Daripada jumlah penduduk, masyarakat Melayu dan Melanau mewakili kira- kira 27.5 peratus, Iban 29.5 peratus, Cina 28 peratus.Bidayuh 8 peratus dan Orang Ulu 6 peratus.Daripada 71 kawasan DUN Sarawak, 15 kawasan adalah kawasan majoriti orang
Cina .
.

Update Sarawak

Pilihan raya negeri Sarawak ke 10 sudah pasti daidakan April ini.Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam masa terdekat iniMengikut daftar pemilih seramai 979 ribu 796 pengundi layak mengundi.
.
Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar mengumumkan pembubaran DUN Sarawak di Kuching semalam 21 Mac.Ia menjadi kemuncak terhadap segala teka-teki berkaitan pilihan raya di negeri itu.
.
Ketika ini, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN selepas ADUN Engkili Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak,SNAP menyertai BN tahun lalu.DAP enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia,PCM menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing satu kerusi.
.
DUN Sarawak dengan 71 anggota sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.Pada pilihan raya ke 9 tahun 2006 lalu BN menyapu bersih 61 daripada 71 kerusi dipertandingkan sekaligus terus menguasai kerajaan negeri Sarawak dengan majoriti dua pertiga.Seramai 158 calon bertanding untuk merebut 71 kerusi ketika itu..
.
Parti komponen BN, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak , PBB pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri menang kesemua 35 kerusi yang diperuntukkan kepadanya.Begitu Parti Demokratik Progresif Sarawak, SPDP menang ke semua lapan kerusi.
.
Dua lagi komponen BN Parti Rakyat Sarawak, PRS menang 8 daripada 9 kerusi, manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak, SUPP kalah 8 kerusi.SUPP merupakan komponen ke dua dalam BN Sarawak menang 11 daripada 19 kerusi ditandingninya.SUPP kalah di kawasan bandar.
.
SNAP yang keluar dari BN hanya menang 1 kerusi.SNAP bertanding 29 kerusi.Manakala PAS yang cuba menguji sokongan penduduk Sarawak gagal memenangi sebarang kerusi.
.
Apakah kali ini Taib yang mengumumkan untuk bersara mengulangi kecemerlangannya memimpin BN di Sarawak? Taib berkata beliau akan mengetuai BN pada pilihan raya ini dan bertanding bagi memastikan BN memenangi pilihan raya kali ini.Taib dikatakan Ketua Menteri paling lama berkuasa di Sarawak.Beliau ketua menteri ke empat selepas Datuk Stephens Kalong Ningkan,Datuk Penghulu Taswi Sli dan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Yaakub.Beliau dilantik sebagaiKetua Menteri pada 1981.Taib adalah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ,PBB .
.
Tumpuan kini siapa yang bertanding dan siapa pula yang digugurkan?Apakah strategi PBB kali ini?PBB mahu mengemukakan 12 muka baru.Siapa? Taib Mahmud berkata calon berkaitann akan diumumkan selepas dipersetujui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.
.
Siapa pula yang digugurkan?Beberapa calon pula mahu mengundur diri bagi memberi peluang kepada muka baru.Antaranya Datuk Dr.Abang Abdul Rauf Abang Zen 63 tahun.Beliau tidak akan mempertahankan kerusi Demak Laut yang dipengangnya empat penggal sejak pilihan raya 1991 .Siapakah pengganti beliau?
.
Turut mengetengahkan muka baru ialah Parti Rakyat Sarawak, PRS yang agak baik prestasnya pada pilihan raya negeri 2006 lalu.Minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak mengumumkan muka baru bagi kerusi Pending dari SUPP.Pakar jantung Prof Dr Sim Kui Hian 46 tahun bakal menentang calon DAP bagi kerusi kawasan itu.
.
Pada pilihan raya 2006 lalu DAP bertumpu di kawasan bandar dengan memanipulasi isu pajakan tanah dan isu harga minyak bagi memancing undi.DAP menang 6 kerusi, PKR yang pertama kali bertanding menang 1 kerusi.PAS bagaimanapun gagal kerusi tunggal ditandinginya.Apakah kali ini isu sama jadi modal pembangkang ?
.
Apakah pilihan raya 2011 ini akan menyaksikan kehadiran lebih banyak parti pembangkang ?Bagaimana nasib PKR pimpinan Anwar Ibrahim?.
.
Apakah BN berjaya merampas kerusi DAP terutama di kawasan Pending?-yunus alias.

Monday, March 21, 2011

DUN SARAWAK BUBAR

Pilihan raya Sarawak ke 10 akan diadakan bulan April 2011.Ikuti ulasan saya dalam Racik ...

PRESIDEN MUAMMAR GADDAFI SASARAN AMERIKA?

LIBYA OH LIBYA..
.
Kenapa Amerika Syarikat dan sekutunya menyerang Tripoli?
.
Analisis saya dalam Selamat Pagi Satu Malaysia, SPM pukul 7.25 pagi 21 Mac 2011 memberikan huraian lanjut mengenainya.
.
Lihat analisis yang disiar RTM TV1 setiap pagi.
.
libya diserang dengan peluru berpandu tercanggih di abad ini Tomahawk.Kira-kira 120 peluru berpandu serupa itu disasar ke negara pengeluar minyak terbesar dunia pada pagi Sabtu lalu.Ramai penduduk awam terkorban.Itu memang sudah diketahui Presiden Barak Obama, David Cameroon dan sekutunya dari Peranchis.
.
Mereka melampaui resolusi 1973 PBB yang menmgenakan zun larangan terbang di angkasa Libya.Resolusi itu membenarkan sedrangan udara dilancar ke atas sasaran tentera Tripoli tetapi hendaklah menghindar kemalangan orang awam.
.
PBB tidak menyebut Gaddafi sebagai sasaran bagi digulingkan.
.
Soalnya siapa yang disokong Amerika Syarikat? udah terang lagi bersuluh.Pemberontak adalah sasaran untuk didukung dengan muslihat tertentu...Kerajaan legitimate Gaddafi perlu digantikan .
Apakah Gaddafi terselamat dalam krisis pemberontakan Libya ini?-yunus alias.
.