" Perlembagaan Umno akan dipinda pada perhimpunan Agung Khas hujung tahun ini.Proses pemilihan jawatan tertinggi akan datang akan diadakan ssrentak di semua 191 bahagian parti diseluruh negara bagi menjamin pemilihan lebih telus dan terbuka. "Pada masa ini kepimpinan tertinggi Umno ditentukan oleh hanya lebih kurang 2,600 ahli Umno sahaja.Ahli-ahli Umno yang bersidang dalam dewan ini mewakili tiga juta ahli.Ramai berpendapat bilangan 2,600 ini tidak mungkin mencerminkan kehendak dan aspirasi tiga juta ahli Umno. "Seluruh anggota Umno akan berpeluang untuk memilih pemimpin parti.Biarlah kita benar-benar merupakan pemimpin akar umbi atas suara rakyat.Oleh itu dengan persetujuan sidang perwakilan kita akan pinda perlembagaan Umno. "Umno perlu sedar imej parti yang bersih dan berintegriti adalah jaminan kelangsungan Umno sebagai parti yang berdaulat.Selagi proses ini tercemar, selama itu orang hilang kepercayaan kepada Umno. "Sistem kuota juga akan diokaji semula...