Seramai 4,885 orang perwakilan iaitu 2,509 perwakilan pada perhimpunan agung, Wanita (796), Pemuda (791) dan Puteri (789) akan bersidang selama lima hari di PWTC . PWTC dijangka dibanjiri kira-kira 60,000 orang, baik di dalam mahupun di persekitaran kompleks milik Umno itu. Kawalan keselamatan di PWTC akan dipertingkatkan, dengan kira-kira 2,000 anggota keselamatan, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlku sepanjang berlangsungnya perhimpunan. Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Presiden Umno akan merasmikan serentak perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno malam esok, sebelum . Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Perhimpunan Agung Umno Ke 59 itu Khamis. Perhimpunan kali ini juga menyaksikan peralihan kuasa tanpa dicabar bagi jawatan presiden diteruskan lagi. Bermula peralihan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman kepada Tun Abdul Razak Hussein, tradisi itu dilangsungkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Bad...