Langkau ke kandungan utama

Catatan

SECANGKIR KOPI oleh Yunos Alias

Menjadi wartawan tidak semudah disangka.Banyak cabaran perlu dilalui dalam tugas harian sebagai wartawan.Saya menyertai kumpulan NST sebagai Wartawan Kadet pada 2003 dansegala maklumat  ditempatkan di meja Am Berita Harian di Balai Berita Kuala Lumpur. Saya diberi tanggungjawab membuat liputan berita am, sekitar lemnbah klang dan jenayah.Sbagai wartawan jenayah saya terpaksa menempuhi rutin harian mencari berita-berita jenayah dan menghadiri sidang akhbar polis dan pihak berkuasa lain.Tidak mudah mengumpul bahan berita jenayah.Berita mesti tepat ari sumber pihak polis dan menepati dateline yang ditetapkan. Saya mesti menjalin hubungan yang baik dengan pegawai polis pelbagai peringkat.Kadang-kadang kena marah dengan pihak polis pun ada.Wartawan biasanya ingin tahu segala maklumat biarpun terpaksa mengganggu pihak polis.apa yang penting berita mesti diperolehi.Maklumat mesyi tepat dan boleh dipertanggungjawabkan. Pengalaman berada di bilik mayat pada waktu ntejgahmalam dan dinihar...

KHABAR DARI KENYALANG 7

Esok Ahad 3 April KM Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan umumkan senarai calon BN bagi pilihan raya negeri ke 10 Sarawak.PM Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun merestui senarai itu sebelum berlepas ke Korea.Siapa yang terpilih? Siapa pula yang digugurkan? Siapa calon muka baru? BN Sarawak tanding semua 71 kerusi.Dulu pilihan raya 2006 BN menang 63 kerusi.Tinggal 8 sahaja dimiliki pembangkang - 6 DAP, 1 PKR dan 1 PCM.Bagaimana pula kali ini? PBB pimpinan Taib menang semua 35 kerusi .Bagaimana pula kali ini? Yang pasti Taib akan berundur tetapi kekal tanding DUN Balingan.Berapa lama? Apakah beliau akan mengosongkan kerusi itu pada pertengahan penggal baru DUN Sarawak nanti? Kenapa Taib tidak mahu lepaskan sahaja kerusi itu sekarang? Ada  juga kemungkinan Taib tidak bertanding kali ini.Hanya bertindak sebagai Pengerusi BN  negeri untuk pastikan BN menang besar.Siapa pula akan tanding di Balingan? Kerusi Balingan mula ditangan Taib pada 2001.Sebelum itu Taib tanding DUN Asajaya dekat ...

KHABAR DARI KENYALANG 6

7 HARI LAGI HARI PENAMAAN  CALON...parti-parti pembangkang masih bertelagah manakala BN mula menyusun kerusi.Pilihan raya Sarawak ke 10 kali ini bukan setakat mengundi sebuah kerajaan tetapi memilih seorang KM baru menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.KM paling lama itu (30 tahun) sudah mahu menyerahkan jawatan KM kepada tokoh yang dipercayainya dan direstui pucuk pimpinan BN serta negara.Siapa? Apakah Tan Sri Taib akan membariskan banyak nama untuk dihantar kepada PM? Atau beliau sudah sedia memilih untuk direstui Datuk Seri Najib Tun Razak? Dato Seri Abang Johari Tun Openg adalah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).  Beliau juga merupakan ADUN Satok.. Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Awang Tengah Hasan juga disebut.

KHABAR DARI KENYALANG 5

MUKA BARU DAN YANG GUGUR Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak. diramal  mengetengahkan 10 hingga 12 muka baru bagi 35 kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu. antara yang disebut-sebut ialah  pensyarah Universiti Darul Iman Mohammad Hailmi Sajilikardiologis Hospital Serdang Dr Annuar Rapee; Ketua Penerangan Bahagian Kedup dan peguam Bernard Phillip; Timbalan Ketua Bahagian Kedup Martin Ben; penjawat awam Alex Ganyan dan pendidik Joseph Tiam. Residen Mukah Saudi Narani; Pengarah Urusan Sacofa Sdn Bhd Abang Jemat Abang Bujang; Ketua Pemuda PBB Telang Usan Dennis Ngau; bekas setiausaha politik Ketua Menteri Robertson Mawa serta dua Setiausaha Politik Ketua Menteri Tengku Geruna dan Robert Laing Anyie.  Mufti Sarawak Kipli Yassin guru dan komposer muzik Patrik Khamis serta Timbalan Ketua PBB Demak Jaya Dr Hazlan Hipni . Antara yang tidak berhasrat mempertahankan kerusi DUN masing-masing ialah Datuk Hamden Ahmad (B...

KHABAR DARI KENYALANG 4

Tukang karut, ahli nujum semakin ramai di Sarawak. Ada yang mendakwa sebagai penganalisis politik bebas dan macam-macam gelaran lagi. Ini semua gara-gara bermulanya kempen pilihan raya negeri itu yang berlangsung dengan pelbagai ragam dan rentak. Siapakah yang memberikan tauliah kepada mereka? Sandiwara parti-parti pembangkang juga turut rancak. Mereka mempotretkan seolah-olah sedang berebut kerusi dengan tujuan menarik simpati pengundi di negeri itu. DAP yang mempunyai selera tinggi memukul canang dengan mendakwa pembangkang tidak mampu membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya kali ini. Apakah tujuan DAP? Mereka mahu melalaikan parti-parti komponen BN dan penyokong BN. Berikutan itu rakyat Sarawak perlu berhati-hati dan tidak terjebak dalam perangkap DAP dan parti-parti pembangkang. Pqda pilihan raya 2006 lalu DAP bertumpu di kawasan bandar. Tetapi parti itu menyusun strategi baru pada pilihan raya ke 10 ini.Mereka berhasrat menembusi kubu BN di kawasan pedal...

NOVEL INTERLOK KEKAL TEKS TINGKATAN 5

(Teks ucapan penuh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat 24 Mac 2011 mengenai keputusan kerajaan berhubung novel Interlok karya Sasaterawan Negara Datuk Abdullah Hussein) Tuan Yang Dipertua, Terdapat lima (5) pertanyaan yang menyentuh isu berkaitan dengan kedudukan novel Interlok karya Sasterawan Negara Y.Bhg. Datuk Abdullah Hussain yang menjadi teks komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 5 di Zon 2, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan pertanyaan tersebut adalah: 1. YB Sabak Bernam (24.03.2011) - Hari ini 2. YB Kuala Krai (24.03.2011) - Hari ini 3. YB Bukit Gantang (04.04.2011) 4. YB Telok Intan (04.04.2011) 5. YB Hulu Terengganu (06.04.2011) Oleh kerana kesemua pertanyaan yang dibangkitkan saling berkaitan, izinkan saya menjawab isu tersebut secara serentak, serta mengulas lapan (8) pertanyaan yang dikemukakan s...

ISU INTERLOK:APA KATA MEREKA?

PRESIDEN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU NASIONAL PROF.MADYA DATUK MOHD ALI HASSAN: Isu novel Interlok tidak perlu dibangkitkan lagi dan semua pihak harus terima keputusan kerajaan untuk menukar frasa dalam novel karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussein.Isu kandungan novel itu adalah berkaitan dengan sejarah Malaysia dan penduduknya dan ia tidak bertujuan untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Novel ini tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana ia ditulis oleh seorang sasterawan negara maka penulisan beliau tidak harus dipertikaikan kerana ia berdasarkan fakta dan bukannya direka-rekaIa sebahagian daripada sejarah Malaysia dan semua orang harus menerima hakikat tersebut.   KETUA SATU GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL,GAPENA PROF.EMERITUS TAN SRI DR.ISMAIL HUSSEIN: Saya  kecewa kerana novel Interlok dipolitikkan oleh beberapa pihak hanya untuk kepentingan mereka. Tindakan membakar dan mengharamkan novel Interlok bukanlah jalan penyelesaian ...

KHABAR DARI KENYALANG 3

16 April ini amat crucial bagi lebih 900 ribu pengundi di Sarawak .BN yakin akan diberi mandat sekali lagi untuk meneruskan pemerentahan tanpa "saingan" di Bumi Kenyalang sejak negeri di bawah Borneo itu memperolehi kemerdekaan bersama selepas menyertai Gagasan Malaysia yang diilhamkan  Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putera Alhaj pada 1963. Tetapi pilihan raya ke 10 ini pasti dikenang oleh rakyat Sarawak kerana ia yang terakhir bagi Ketua Menteri yang bagi kebanyakan penduduk Sarawak dianggap sebagai bapa dan pemimpin rakyat.Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatannya sebagai KM dan tentulah Presiden Parti PBB serta Pengerusi BN Sarawak. Tan Sri Taib tidak akan mengetuai kerajaan negeri itu lagi.Siapa penggantinya?Tan Sri Taib dilantik sebagai KM pada 1981 menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Yaakub yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri .Wataknya serius.Beliau susah untuk tersenyum walau dicuit wartawan.Orangnya amat berdisiplin dan tidak bercakap tanpa ...

ISU NOVEL INTERLOK SELESAI

Tahniah kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berjaya menyelesaikian isu novel Interlok yang paling kritikal dan kontroversi dalam konteks perpaduan di Malaysia.Memang benarlah Kementerian Pelajaran kerusi panas..Apa lagi isu selepas ini? Kerajaan mesti terus tegas.Novel Interlok amat relevan untuk dijadikan buku teks sastera.Hanya sedikit berkaitan perkataan "paria" dan beberapa rakaman penulis Datuk Abdullah Hussein mengenai adat budaya dan hidup resam kaum India dan penganut agama Hindu.Mereka tidak mahu fakta itu konon boleh jejaskan kecintaan generasi mereka terhadap agama dan bangsa. Perkataan 'paria' akan digugurkan dari novel Interlok yang digunakan di sekolah menengah sebagai bahan sastera, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Interlok adalah sebuah karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah sosial dan imaginasi pengarang. dan atas ketegasan dan kebijaksanaan Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri...

SIAPA DATUK T?

Siapa Datuk T?Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim Bendahari Perkasa.Mereka adalah individu di sebalik gelaran itu- Datuk T bermaksud "Trio".Mereka mendedahkan  video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara 22 Mac . Apa kata Tan Sri Rahim Tamby Chik? Saya dihubungi minta bantu salin video seks itu.Saya juga diminta atur previu wartawan.Pilih Carcosa Seri Negara kerana ia bebas dari gangguan. Apa kata Shazly Eskay ? Saya diarah ambil jam Omega dalam bilik hotel di Kuala Lumpur.Saya yakin 100 peratus individu itu ialah pemimpin pembangkang itu.Saya ada dalam video itu. Apa kata Shuib Lazim? Saya jemput seorang ahli parlimen..dia memang rapat dengan pemimpin itu, untuk tonton video berkenaan. Apa kata Ahli Parlimen itu? Individu itu bukan pelakon utama video itu .Bentuk tubuhnya tidak sama..perut besar sikit- gambar ...

KHABAR DARI KENYALANG 2

ADUN Telang Usan, Lihan Jok dah hantar surat kepada pucuk pimpinan BN Sarawak supaya jangan dicalon lagi kali ini.Beliau sudah dua penggal.Kawasannya dihuni majoriti Orang Ulu daerah Baram. Lihan muda lagi 54 tahun bekas guru besar.Tanding pilihan raya 2001 dan 2006 kalahkan Kebing Wan (Bebas 2001) dan calon SNAP 2006. Apa kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud? Terserah kepada PM nak benarkan atau tidak.

KHABAR DARI KENYALANG 1

Berebut kerusi.PKR dan SNAP belum dapat kata sepakat pasal kerusi pilihan raya negeri Sarawak bulan April ini.SNAP mahu 11 lagi calonnya menjadikan 27 calon bertanding.Antara kerusi direbut SNAP Pelagus,Tebedu,Ngemeh,Tarat,Bukit Bangunan dan Katibas.SNAP tak mahu kerusi Bakelalan dan Batang Ai.Kerusi panas katanya.PKR boleh ambil.SNAP sebenarnya hendak 40 kerusi. INFO CALON SNAP (sumber Berita Harian) Abang Jeros (DUN Tarat) Anthony Nais (DUN Tebedu) Ivanho Anthony Belon (DUN Bukit Begunan) Alexus Douglas (DUN Ngemah) Bakin Umpa (DUN Meluan) Munan John Andrew (DUN Tamin) Adang Jirau (DUN Kakus) Dauglas Alau (DUN Pelagus) Toh Heng San (DUN Katibas) Rosnah Mohamad (DUN Jepak) Lawrence Cosmas Sundang(DUN Batu Danau)

BUKU JINGGA

Buku Jingga.Apa kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein?. Buku Jingga karangan parti pembangkang tidak sesuai untuk rakyat Sarawak.Dah lewat.Kita sudahpun lihat isu seperti hak milik tanah. pembangunan luar bandar,elektrik dan air.Kita dah laksanakan bukan janji lagi.Buku Jingga cuma untuk pilihan raya.Kita(BN) konsisten beri tumpuan kepada Sabah dan Sarawak bukan musim pilihan raya sahaja.Janji pembangkang dulupun belum ditunaikan...

bersendirian ,stress dan murung ..maut ..sukan hilangkan stress

adakah anda stress? Perwatakan kita mempengaruhi keadaan kesihatan.Watak kita adalah hasil dari pengaruh gen dan agennya. Dengan mengetahui kita termasuk karakter mana akan menjadikan kita berwaspada terhadap risiko kesiha Manfaat positif lainnya, kata Hagger, kita juga memeroleh kesempatan mengenal dan menganalisis aspek yang kurang sehat dalam pelakuan kita seperti kebiasaan merokok atau minum alkohol. Watak Periang Mereka sukan yang masuk kategori ini biasanya mempunyai pandangan yang luas tentang kehidupan. Para ahli dari Doshishai Kyoto, Jepun menganalisis lelaki dan wanita obesiti yang sedang menjalani program pelangsingan termasuk konseling, latihan olahraga dan diet.Hasilnya mereka menemukan mereka yang fikirannya paling positif mencatat penurunan berat badan paling sedikit. Pakar Universiti California AS menemukan rasa kepercayaan diri mengatasi kesulitan hidup dan dapat menangani risiko lebih besar. Hal ini juga menjelaskan mengapa mereka berwatak periang ...

Begitu kejam ISRAEL?

WARGA Palestin lari menyelamatkan diri berdekatan sisa runtuhan bangunan milik Hamas yang musnah selepas diserang tentera udara Israel di bandar Gaza, hari ini, 22 Mac 2011.

NASIB GADDAFI

Istana Gaddafi musnah dibom Keadaan bangunan pentadbiran Istana Bab Al-Aziziya, Tripoli yang musnah dalam serangan tentera bersekutu pagi semalam. Istana utama Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi di sini dibom oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan empat negara sekutunya dalam serangan terbaru semalam.Ia sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa diktator tersebut mungkin terbunuh.Selepas serangan tersebut, sumber kerajaan Libya segera menyifatkan laporan bahawa anak keenam Gaddafi, Khamis mati dalam serangan tersebut sebagai berita tidak masuk akal.Khamis masih lagi menjadi komander tentera Brigade ke-32.Serangan lewat malam itu memusnahkan sama sekali bangunan pentadbiran tiga tingkat yang terletak di dalam kawasan istana yang dikenali sebagai Bab Al-Aziziya itu. Bangunan pentadbiran yang musnah itu terletak 50 meter dari sebuah khemah Badwi yang lazimnya digunakan oleh Gaddafi untuk menyambut tetamu negara.Pengarah Staf Jabatan Pertahanan (Pentagon) AS, William E. Gortn...

LIBYA DIAMBANG KEMUSNAHAN....

LIBYA diserang gara-gara zun laranga terbang yang dikuatkuasakan Majlis Keselamatan P-B-B.Amerika Syarikat dan sekutunmya melancarkan serangan besar-besaran ke atas negara pengeluar minyak terbesar dunia itu dua hari lalu, 19 Mac.Apakah tindakan ketenteraan tergesa-gesa itu wajar?Menurut laporan awal 52 orang rakyat Libya terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera. . Tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat melepaskan bedilan peluru berpandu Tomahawk ke atas kedudukan tentera Libya.Senjata itu pernah digunakan ketika perang teluk dan serangan ke atas Iraq pada 1991 dan 2003 . . Libya kini sedang berada diambang kemusnahan.Tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya Britain dan Peranchis itu amat sukar diterima dan boleh dikatakan terburu-buru.Apakah muslihat Washington?Libya adalah antara anegara pengeluar minyak terbesar dunia.Krisis di Libya merungsingkan Amerika Syariikat.Harga minyak mentah di Amerika naik hingga 3,5% 17 Mac lalu ekoran ketegangan di Libya dan Asia Barat...

CORET-CORET DARI KENYALANG...

PAS dilaporkan berura-ura mahu meletakkan calonnya di beberapa kawasan tumpuan pengundi Melayu.DAP dan PKR sudah tentu bertumpu di kawasan bandar yang mengharapkan sokongan pengundi Cina.Apakah bahan kempen mereka nanti?Dalam pilihan raya 2006 lalu isu dimainkan pembangkang ialah isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi rakyat.Di antaranya isu kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter mulai 28 Februari 2006.Kenaikan itu dimanipulasi parti pembangkang untuk memancing undi di kawasan bandar.Sarawak adalah negeri pengeluar minyakPembankang kata jika undi BN golongan Cina di Sarawak membenarkan atau setuju dengan kenaikan harga minyak dan akan ada lagi kenaikan harga bahan itu di masa akan datang. . Sarawak mempunytai penduduk 2.3 juta orang dengan pelbagai etnik. Terdiri daripada 28 kaum dan suku kaum utama - lima kumpulan utama, iaitu Iban, Cina, Melayu dan Melanau, Bidayuh dan Orang Ulu. . Tiada majoriti yang ketara di antara kaum utama di negeri itu.Daripad...

Update Sarawak

Pilihan raya negeri Sarawak ke 10 sudah pasti daidakan April ini.Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam masa terdekat iniMengikut daftar pemilih seramai 979 ribu 796 pengundi layak mengundi. . Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar mengumumkan pembubaran DUN Sarawak di Kuching semalam 21 Mac.Ia menjadi kemuncak terhadap segala teka-teki berkaitan pilihan raya di negeri itu. . Ketika ini, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN selepas ADUN Engkili Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak,SNAP menyertai BN tahun lalu.DAP enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia,PCM menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing satu kerusi. . DUN Sarawak dengan 71 anggota sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.Pada pilihan raya ke 9 tahun 2006 lalu BN menyapu bersih 61 daripada 71 kerusi dipertandingkan sekaligus terus menguasai kerajaan negeri Saraw...

PRESIDEN MUAMMAR GADDAFI SASARAN AMERIKA?

LIBYA OH LIBYA.. . Kenapa Amerika Syarikat dan sekutunya menyerang Tripoli? . Analisis saya dalam Selamat Pagi Satu Malaysia, SPM pukul 7.25 pagi 21 Mac 2011 memberikan huraian lanjut mengenainya. . Lihat analisis yang disiar RTM TV1 setiap pagi. . libya diserang dengan peluru berpandu tercanggih di abad ini Tomahawk.Kira-kira 120 peluru berpandu serupa itu disasar ke negara pengeluar minyak terbesar dunia pada pagi Sabtu lalu.Ramai penduduk awam terkorban.Itu memang sudah diketahui Presiden Barak Obama, David Cameroon dan sekutunya dari Peranchis. . Mereka melampaui resolusi 1973 PBB yang menmgenakan zun larangan terbang di angkasa Libya.Resolusi itu membenarkan sedrangan udara dilancar ke atas sasaran tentera Tripoli tetapi hendaklah menghindar kemalangan orang awam. . PBB tidak menyebut Gaddafi sebagai sasaran bagi digulingkan. . Soalnya siapa yang disokong Amerika Syarikat? udah terang lagi bersuluh.Pemberontak adalah sasaran untuk didukung dengan muslihat tertentu...Kerajaan legit...